Saturday, 29 August 2015

PENYERAHAN DUIT ZAKAT KEPADA MAHASISWA/WI MELAKA MESIR

 Penyerahan Duit Zakat Kepada Mahasiswa/wi Melaka Mesir.




Kaherah, 27 Ogos 2015 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) di bawah kelolaan Unit Kebajikan telah menyerahkan sumbangan zakat kepada mahasiswa/wi Melaka Mesir yang berkelayakan untuk menerimanya.

           Seramai 6 orang mahasiswa/wi yang menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri daripada 3 mahasiswa dan 3 mahasiswi dari pengajian Islam yang telah menerima sumbangan zakat.
Tujuan sumbangan zakat tersebut diberikan khusus kepada mahasiswa/wi Melaka Mesir yang memerlukan kewangan atas sebab faktor kesempitan duit, serta meringankan kos pembelajaran mahasiswa/wi.

Sunday, 23 August 2015

DAN KEPADA-NYA AKU KEMBALI

Dan Kepada-Nya Aku Kembali




Firman Allah SWT dalam al-quran yang bermaksud: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah kepada-Ku.” – Surah az-Zariyat, ayat ke-56.

Sahabat-sahabat…

          Bukti-bukti kekuasaan Allah SWT disekeliling kita merupakan penafian kewujudan tuhan selain-Nya dan kita selaku hamba-Nya yang dikurniakan segala pemberian yang tidak ternilai, apakah bentuk balasan yang mampu dipersembah bagi menyatakan kesyukuran? Tidak lain melainkan melaksanakan segala tuntutan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW serta menghindari segala larangan-Nya. Maka dari itu, terdapat tujuan dalam kehidupan manusia di dunia ini. Kejarlah tawaran-tawaran yang Allah sediakan berbekalkan ‘modal’ yang kita dapat secara percuma sementara masih brrnafas. Jangan pula disebabkan percuma, diri alpa dan tidak menghargai sehingga diuji dengan ditarik nikmat-Nya lalu terpesong sehingga hilang arah daripada matlamat dan kebenaran hakiki.

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR

 KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR



23 OGOS 2015
SUSULAN ISU DAKWAAN PENYELEWENGAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH


             Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri pada hari Sabtu bertarikh 22 Ogos 2015 di Wisma Perak Baitul Ridzuan, Kaherah yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Asri bin Mohd Salim, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir  adalah bertujuan membincangkan tindakan susulan hasil perjumpaan YDP-YDP BKAN bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) pada 17 Julai 2015 bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan yang lepas. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut :

Sunday, 16 August 2015

MAHA '15 | Hari Tautan Silaturrahim

  MAHA '15 | Hari Tautan Silaturrahim 


           MELAKA - Pada tanggal 8 Ogos 2015 bersamaan 23 Syawal 1436H yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri 2015 (MAHA '15) bersama Mahasiswa/wi Melaka Mesir dan Pelancaran Persatuan Ibu Bapa Mahasiswa Melaka Mesir (PIBMMM). Program tersebut bertempat di Dewan Auditorium Masjid Al-Azim dan mendapat sambutan meriah dengan kehadiran hampir 300 orang yang terdiri daripada mahasiswa Melaka Mesir dan keluarga serta bekas pelajar Melaka Mesir. Bertemakan 'Aidilfitri Dirai, Silaturrahim Ditauti', program ini bertujuan menjalinkan hubungan baik di antara pelajar, ibu bapa, kerajaan negeri dan bekas pelajar serta menggambarkan suasana sambutan Aidilfitri berpandukan batasan syarak.

Thursday, 13 August 2015

HTS : PERKUKUH SILATURAHIM


Hari Tautan Silaturahim (HTS’15), di bawah pantauan Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB’15) telah berjaya dilaksanakan di peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Program yang saban tahun diadakan ini adalah salah satu bentuk orientasi yang bertujuan untuk memberikan pelbagai pendedahan maklumat kepada mahasiswa baru sebagai penuntut ilmu di Universiti Al Azhar, Mesir.

Ahad, 2 Ogos 2015
        Komuniti USMB telah mengadakan jaulah makam yang berada sekitar Kaherah, Mesir. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan para ulama Islam yang muktabar yang berada di Mesir. Selain pendedahan tersebut , ia juga dapat menanamkan kecintaan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu di bumi anbiya ini. Turut menyertai, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Mohd Anwar bin Idris dan Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail.