Friday 26 February 2010

Hari Keluarga Anak-anak Melaka 2010

oleh: Muhamad Firdaus Bin Abdul Hamid

Kaherah, 26 Feb - Baru-baru ini Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya menganjurkan program Hari Keluarga yang telah diberi nama Ikatan Mahabbah Anak-anak Melaka 2010 (IKMAM '10). Program yang bertemakan “Sekilas Ukhuwah Menjana Wahdah” tersebut merupakan salah satu program tahunan BKKIMM yang bertujuan mengumpulkan seluruh anak Melaka yang berada di bumi Anbia’ (Mesir) ini baik pelajar Univesiti Al-Azhar mahupun pelajar perubatan Universiti Ain Syams, Universiti Mansoura dan lain-lain lagi.

Program tersebut telah berlangsung selama tiga hari, bermula 19 Februari (Jumaat) yang mana ia telah dirasmikan oleh Ustaz Khairy Bin Jalaluddin, Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, manakala majlis perasmian penutup dilakukan oleh Puan Norlijah Bt. Mohd Nor pada 23 Februari (Ahad) jam 9 malam.

Beberapa kumpulan telah dibentuk berdasarkan kepada jumlah kehadiran agar semua yang hadir dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada strategi kumpulan masing-masing. Aktiviti luar untuk ikhwah telah dijalankan di Padang Mukhayyam Daim, Universiti Al-Azhar syeksen 6, Nasr city sementara akhawat di padang Nadi Syabab Syeksen 6, Nasr City. Aktiviti dalaman pula telah dijalankan di Wisma Melaka sendiri.

Selain sukan, sukaneka, dan kuiz diselitkan juga slot ilmiah antaranya tazkirah Subuh oleh Al-Fadhil Ustaz Adnan, ceramah sempena Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Hilmi bin Aris (Pelajar Master, Universiti Al-Azhar) dan juga kempen membaca.

Sekalung penghargaan buat pengarah program Ustaz Ahmad Muhsin Bin Abd HAmid serta seluruh ahli jawatankuasa pelaksana program yang bertungkus-lumus dalam memastikan kejayaan program mega tahunan BKKIMM tersebut.

Friday 19 February 2010

[iklan] Penanda Buku IKMAM '10

Dapatkan penanda buku IKMAM '10...!!!

Unit Penerangan dan Penerbitan BKKIMM mengeluarkan 4 jenis penanda buku IKMAM '10.
Dapatkan penanda buku tersebut segera daripada UPP sepanjang program berlangsung sementara stok masih ada.



(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Wednesday 17 February 2010

[iklan] IKMAM 2010

Berikut merupakan iklan ke-dua bagi Hari Keluarga (IKMAM '10) yang akan dijalankan pada:
19-21 Februari 2010 ini.



(klik gambar untuk paparan lebih jelas)



Semua anak-anak Melaka yang berada di seluruh pelusuk Mesir dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan program ini.

Friday 12 February 2010

Saturday 6 February 2010

Pemangkuan Jawatan EXCO BKKIMM

Lagi dua orang daripada barisan kepimpinan tertinggi BKKIMM akan pulang bercuti di Malaysia tidak lama lagi. Sehubungan itu jawatan mereka akan dipangku sementara waktu bermula 15 Februari 2010:


Pemangkuan jawatan AJKT BKKIMM


Timbalan Setiausaha Agung
SYARUL AL-HAFIZ BIN ABD HAMID

dipangku oleh:


Ketua Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan
KHAIRUL AZMIR BIN JAHARI



=======================
Pemangkuan jawatan AJK HEWI BKKIMM


Timbalan Unit Dakwah
KHAIRUNNISA' BINTI YUSOF


dipangku oleh:
Timbalan Bendahari Agung
SITI RAHIMAH BINTI AMIR@RAHMAT

Thursday 4 February 2010

Wednesday 3 February 2010

Pemangkuan Jawatan YDP

Dimaklumkan bahawa YDP sedang bercuti di Malaysia dan akan kembali ke Mesir awal Mei 2010. Sehubungan itu sepanjang ketiadaan beliau di sini jawatan YDP akan dipangku oleh Timbalan Yang-Dipertua, Ust. Zaharul Iquwan bin Ma'in.


YDP
Ust. Mohd Shahdan bin Bakar



dipangku oleh:


TYDP
Ust. Zaharul Iquwan bin Ma'in


Segala urusan bolehlah berhubung dengan beliau secara terus atau di talian:
011-7782434