Friday 30 July 2010

Status dan Nombor Keahlian Baru (ke-3)



[klik gambar untuk paparan lebih jelas]

[iklan] Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23






[Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23]



PEMBUKAAN USUL

Sila rujuk Undang-undang Tubuh BKKIMM
Bab Kelapan Fasal 21

AHLI BKKIMM YANG INGIN MENGEMUKAKAN USUL
UNTUK DIBAHAS DALAM MAT KALI KE-23,

HANTARKAN USUL TERSEBUT SECARA BERTULIS KEPADA :

MOHD IDRIS BIN JAAMAT
SETIAUSAHA AGUNG BKKIMM SESI 2009/ 2010

SEBELUM 1 / 8 / 2010 (HARI AHAD)

Thursday 29 July 2010

PENCALONAN DIBUKA

MAKLUMAN KEPADA SELURUH AHLI BKKIMM!

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKKIMM 2010 akan mula mengeluarkan borang pencalonan Yang Di Pertua, Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan HEWI BKKIMM sesi 2010/2011.

Tarikh pencalonan dibuka : 1 Ogos 2010
Tarikh pencalonan ditutup: 3 Ogos 2010

Borang pencalonan boleh didapati di bilik gerakan SPR 2010, Maktabah Wisma Melaka dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.


PENCALONAN ANDA MENENTUKAN KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN BKKIMM YANG GEMILANG.


"KREDIBILITI TUNGGAK KEGEMILANGAN"

AJKT LELAKI & HEWI YANG KEKAL

Syarat-Syarat AM Pencalonan

1. Pencalonan dibuka dari 1-3 Ogos 2010 dari jam 9.00 pagi– 9.00 petang di Bilik Gerakan SPR (Maktabah) Wisma Melaka.


2. PENCADANG
2.1 Pencadang hendaklah ahli tetap, ahli bersekutu dan ahli kehormat BKKIMM.
2.2 Pencadang hendaklah mengisi borang pencalonan yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dengan
lengkap.
2.3 Pencadang hanya dibenarkan membuat satu pencalonan sahaja.

3. PENYOKONG
3.1 Penyokong adalah ahli BKKIMM yang layak mengundi setelah disenaraikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya 2010 dan dibenarkan menyokong lebih dari satu calon.

4. CALON YANG BERTANDING
4.1 Calon hendaklah ahli tetap BKKIMM.
4.2 Pencalonan terbatal sekiranya calon adalah Komuniti Suruhanjaya Pilihanraya 2010.
4.3 Pencalonan juga terbatal sekiranya calon adalah dua (2) Ahli Jawatankuasa Tertinggi lelaki dan HEWI yang DIKEKALKAN.
4.4 Calon bagi kerusi Yang Di Pertua & tujuh (7) Ahli Jawatankuasa Tertinggi lelaki adalah bebas dicalonkan oleh ahli BKKIMM manakala calon bagi kerusi HEWI hanya layak dicadangkan oleh ahli HEWI BKKIMM sahaja.
4.5 Calon boleh berada di Mesir atau di luar Mesir kecuali calon bagi kerusi Yang Di pertua.
4.6 Calon tidak berhak menarik diri setelah dicalonkan.
4.7 Calon di luar Mesir adalah dihadkan pencalonan.
4.8 Suruhanjaya Pilihanraya berhak mendapatkan gambar calon dengan apa cara sekalipun.


5. BORANG PENCALONAN
5.1 Borang pencalonan akan terbatal sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat (sila rujuk syarat 2,3,4 dan 5).
5.2 Borang pencalonan dikira sah apabila terdapat tandatangan pencadang, penyokong, PENGARAH SPR, SETIAUSAHA SPR dan Cop BKKIMM.
5.3 Borang-borang pencalonan adalah terhad dan dikenakan bayaran seperti berikut:

1. Yang Di Pertua/Ketua HEWI = LE 5.00 ( 3 Unit )
2. Timbalan Ketua Hewi = LE 4.00 ( 3 Unit )
3. Setiausaha HEWI = LE 3.00 ( 3 Unit )
4. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Lelaki/HEWI = LE 1.00 ( 12 Unit )

5.4 Borang-borang pencalonan boleh didapati daripada semua AJK Suruhanjaya Pilihanraya BKKIMM 2010.
5.5 Borang pencalonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 3 Ogos 2010 sebelum jam 9.00 malam kepada:

PENYELIA PENCALONAN : HAIRUL AZMIE BIN SUKAIME
TIMBALAN PENYELIA PENCALONAN : NOOR FATHIAH BINTI BAHARI

6. Pencalonan adalah rahsia sebelum penamaan calon diumumkan.

7. Sekiranya berlaku pemilihan calon, Majlis Penamaan Calon akan diadakan.

8. Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh dirujuk kepada Komuniti Suruhanjaya Pilihanraya BKKIMM 2010.

Disediakan Oleh :
Setiausaha Kerja
Suruhanjaya Pilihanraya 2010

KREDIBILITI TUNGGAK KEGEMILANGAN

Struktur Komuniti SPR 2010


Struktur Komuniti Suranjaya pilihanraya 2010

Pengarah
Hairul Azmie Bin Sukaime
011-1466491
aroll_ude@yahoo.com

Timbalan Pengarah
Noor Fathiah Binti Bahari
014-3539091
angah_tiah@yahoo.com

Setiausaha
Mohd Zaid Bin Mohd Noor
011-2869358
angah_zaid@yahoo.com

Bendahari
Munirah Binti Arshad
014-5696696
munirahashaari@yahoo.com

Penyelia Bilik Gerakan
Khairunnisa Binti Jauri
011-8425664
asifucanseeme@yahoo.com

Penyelia Iklan Dan Promosi
Mohd Khalid Bin Rahmat
011-2828844
along_mans2002@yahoo.com

Bahaya Bermewah-mewah

[tazkirah HEWI]

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". H.R. Termizi

Keterangan:
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah s.w.t, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w,
"Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu, janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari Akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Saturday 24 July 2010

Dua Nikmat yang Sering Dilupakan

oleh: Ustz. Noratikah bt Omar

Fatrah imtihan baru sahaja berlalu pergi. Segala kudrat yang terdaya telah digemblengkan serta kerahan minda telah dicurahkan demi menggapai cita-cita yang pelbagai menerusi wasilah yang satu, iaitu medan peperiksaan. Namun, adakah segala jerih perih itu menjadi titik penamat bagi langkah seorang azhari/ah dan sekalian penuntut di Bumi Anbia’ dalam melayari kehidupan mendatang terutama dalam tempoh cuti musim panas yang singkat ini?

Saidina Ali bin Abi Talib -karramallahu wajhahu- pernah berkata:
“Orang alim adalah lampu Allah S.W.T di dunia ini. Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan, maka dia akan mencedok ilmu daripada orang-orang alim.”

Lupakah kita akan tujuan utama perkelanaan kita di Ardhul Kinanah ini? Sudah pastinya untuk menuntut ilmu Allah serta pusaka peninggalan Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Menuntut ilmu yang menjadi salah bentuk jihad fi sabilillah ini tidak terhenti di meja peperiksaan dengan meraih segulung ijazah semata-mata bahkan sebenarnya bermula dari buaian sehingga ke liang lahad. Oleh itu, agenda utama yang perlu bermain di benak minda seorang azhari/ah dan sekalian penuntut di Bumi Anbia’ ini ialah dengan menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu bersama ulama’-ulama’ serta kelas-kelas tafaqquh di rumah-rumah negeri yang semakin bertambah bak “cendawan tumbuh selepas hujan”.

Benarlah, ilmu tanpa amal tidak akan memberi sebarang erti bak “pohon tidak berbuah”. Ilmu memerlukan medium untuk diterjemahkan demi manfaat insan sejagat antaranya, kegiatan berpersatuan. Selain memberikan pengalaman yang pelbagai, bepersatuan juga boleh menjadi medan percubaan untuk seorang penuntut ilmu yang bakal bergelar pemimpin masyarakat dengan memungut segala ilmu kemahiran yang selain dapat mencurahkan bakti seadanya sebagai senjata sebelum terjun ke medan perjuangan sebenar. Selain itu, aktiviti seperti ziarah tarbawi ke tempat- tempat bersejarah di Bumi Anbia’ ini boleh diikuti untuk mengambil mau’izah daripada sejarah umat terdahulu.

Dalam keghairahan menyusun pelbagai agenda demi kecemerlangan fizikal, insan seolah–olah lupa akan kecemerlangan rohani yang merupakan paksi sebuah kecemerlangan. Justeru, marilah kita mempertingkatkan amalan-amalan sunat selain memperbaiki kualiti ibadat fardu. Selain itu, perbanyakkanlah doa memohon kejayaan dunia dan akhirat. Kecemerlangan dalam imtihan hanya merupakan pakej buat insan serta wasilah menuju kejayaan hidup. Sebaliknya, tawakkal yang utuh serta keredaan sepenuhnya pada ketentuan Allah S.W.T setelah mencurahkan minda dan tenaga merupakan kejayaan dan kebahagiaan sebenar sebagaimana kata seorang ulama:

"الجوارح تعمل والقلب يعمل"

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:
“Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat masa lapang dan kesihatan”

serta firman Allah yang bermaksud:
(Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian) Al-‘asr 103:1-2.

Justeru, marilah kita menghargai setiap detik waktu yang ada dengan merealisasikan dua objektif penciptaan manusia iatu memperhambakan diri kepada Allah serta menjadi khalifah di bumi Allah ini. Marilah kita hayati kata-kata Imam Ahmad bin Hambal ini:
“Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan dan perjuangan mukmin yang sejati tidak akan terhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga”


Disediakan oleh: Unit Pendidikan BKKIMM 2009/2010

Friday 23 July 2010

[iklan] Diskusi Kitab: Hakikat Tauhid


Diskusi Kitab
HAKIKAT TAUHID

(Dr. Yusof Al-Qardhawi)



Pendiskusi:
Ust. Mujahid bin Mohammad Fadzil
Tarikh: 24 dan 25 Julai 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Mu'allim Wisma Melaka, Haiyyu Sabie', Kaherah

Jom tambah thaqafah.

**Kitab boleh didapati di Wisma Melaka.

Sanah Helwa (Julai & Ogos)


JULAI 2010



OGOS 2010


Thursday 22 July 2010

HAKIKAT '10, Menggabungkan Tiga HEWI BKAN Taakhi

KAHERAH, 22 Julai – Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKKIMM sesi 2009/2010, julung-julung kalinya telah mengadakan satu program mega yang melibatkan BKAN Ta’akhi dan telah diberi nama sebagai HAKIKAT’10 (Hari Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Ta’akhi 2010). Program tersebut telah dijayakan dengan kerjasama daripada HEWI BKAN Selangor dan juga Perlis. Program tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula 18 Julai tempoh hari dan dimulakan dengan acara senaman aerobik jam 9.30 pagi. HAKIKAT '10 telah dirasmikan oleh Nor Akmizan binti Yusof, HEWI Angkat BKAN Selangor. Program kemudian diteruskan dengan perlawanan bola jaring yang disertai oleh 14 orang wakil daripada ketiga-tiga BKAN Ta'akhi tersebut dan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan Merah dan Kuning. Setelah itu, HAKIKAT '10 diteruskan lagi dengan beberapa acara sukaneka seperti "Hembusan Kasturi", "Snow White Dan Anak Itik Si Buruk Rupa", "Panggilan Mesra” dan "Segenggam Tabah" dan disertai seramai 28 orang. Kemudian program ditangguhkan dengan sesi taaruf antara peserta dan jamuan ringan kira-kira jam satu petang.

Keesokan harinya (19 Julai), HAKIKAT '10 diteruskan dengan Jaulah Ilmiah ke Giza Dan Fayyoum anjuran HEWI BKAN Selangor, kerjasama HEWI BKAN Melaka dan Perlis. Peserta daripada Hayyu Sabie’ dan Hayyu A’syir bertolak jam 8.00 pagi ke destinasi pertama, Piramid, Giza. Seramai 71 orang telah menyertai jaulah tersebut dan diiringi tiga orang musyrif daripada tiga BKAN yang terlibat termasuk sepasang mutazawwijin daripada Selangor. Setelah itu, jaulah diteruskan ke Fayyoum. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati di sekitar Fayyoum ialah Istana Qarun dan Tasik Qarun. Kisahnya ada tersebut di dalam Al-quran surah Al-Qasas. Cita-cita Qarun untuk menjadi kaya tercapai hingga lupa asal usulnya dan derhaka kepada Allah S.W.T. Hartanya terlalu banyak hingga tidak mahu membayar zakat lalu Allah membenamkan semua hartanya ke dalam tanah.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah HAKIKAT '10 telah berlangsung di Ain Syillin. Hadiah disampaikan kepada para pemenang dan saguhati diberikan kepada semua peserta sebagai tanda kenangan. Selepas majlis penutup diadakan sesi fotografi bersama-sama BKAN Ta’akhi yang terlibat. Jaulah berakhir di Kincir Air Nabi Yusof. Peserta bertolak pulang ke Kaherah jam 6.00 petang dan tiba ke Rumah Negeri masing-masing sekitar jam 9.00 malam.


Beberapa Jenis Amalan Kebajikan

[Tazkirah HEWI]

Amal kebajikan yang diseru oleh Allah S.W.T iaitu termasuk semua amal yang baik dan menjangkau semua amal soleh. Seperti taat kepada Allah , ikhlas, niat yang baik, berbuat baik kepada orang lain, bersilaturrahim, mengucapkan kata-kata yang sopan serta berakhlak yang mulia.

Jiwa yang sihat selalunya mengetahui jenis-jenis kebajikan, kerana amal kebajikan itu termasuk beberapa macam perbuatan dan tingkah laku yang digariskan oleh Islam. Di dalam AL-Quran ada dijelaskan beberapa perbuatan dinilai sebagai amal kebajikan.

i. Menuntut Ilmu Pengetahuan

Firman Allah S.W.T ertinya:
"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakhlaklah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."

ii. Berakhlak Mulia

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya akhlak itu adalah daripada Allah, barangsiapa memperoleh kebajikan daripada Allah maka dia diberi keperibadian yang baik, dan barangsiapa memperoleh keburukan daripada Allah, maka baginya keperibadian yang buruk."

iii. Bersedekah


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tidak seorang Muslim menyebarkan benih atau menanam tanaman, lalu dimakan buahnya oleh manusia atau binatang atau makhluk lain, melainkan akan tercatat baginya sebagai sedekah."

iv. Mengerjakan kebaikan sebesar zarrah dinilai kebajikan

Allah SWT akan meminta tanggungjawab daripada setiap orang atas segala perbuatan dan tingkah lakunya walaupun sebesar zarrah, baik dalam bentuk amal kebaikan mahupun keburukan.

Firman Allah SWT ertinya:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Az-Zalzalah: 7-8)



Diriwayatkan bahawa Sa'ad bin Abi Waqqas pada suatu ketika memberi sedekah dua biji kurma kepada seorang peminta sedekah, kemudian diberikannya sambil mengucapkan:
"Semoga Allah menerima dari kita seberat beberapa zarrah dan dalam dua biji kurma ini terkandung banyak zarrah."

v. Mengunjungi keluarga dengan wajah yang berseri-seri

Segala kebaikan yang diberikan kepada orang lain adalah mendatangkan redha Allah, tidak kira besar atau kecil kebaikan itu, termasuk memberikan senyuman terhadap orang lain dinilai sebagai suatu kebajikan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Janganlah engkau memperkecil nilai kabaikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (tidak muram)."

vi. Membuang duri dari jalan raya


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Seorang lelaki diampuni dosanya oleh Allah S.W.T kerana telah membuang sebuah dahan berduri yang dilihatnya melintang di tengah-tengah jalan sambil mengucapkan syukur kepada Allah."

Friday 16 July 2010

[Iklan] Hakikat '10


Nama Program: HAKIKAT '10 (Hari Kesenian, Kebudayaan, dan Sukan Ta'akhi 2010)
Tema Program: "Ukhuwah Disemai, Fikrah Dijana, Kesatuan Terbina"
Tarikh: 18 - 19 Julai 2010
Tempat: Sekitar Kaherah Dan Fayyoum
Anjuran: HEWI BKKIMM dengan kerjasama BKASM dan KPP

Semua akhawat Negeri Melaka dan Ta'akhi dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan program.

Thursday 15 July 2010

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah s.w.t, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah s.w.t kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Sekiranya Allah s.w.t mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu? Tepuk dada tanya iman.

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?"

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"
Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain? Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi? Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah s.w.t.

Firman Allah yang bermaksud:
"Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"
InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.


Monday 12 July 2010

Pemangkuan Jawatan EXCO 2009/2010

Makluman

Pemangkuan Jawatan AJK Tertinggi BKKIMM

[1]

Ketua Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
FAKARUDIN BIN BIRAN

dipangku oleh:


Ketua Unit Ekonomi
MUHAMMAD AKMAL BIN ZAINAL ABIDIN


====================
Pemangkuan jawatan AJK HEWI BKKIMM

[2]
Timbalan Unit Penerangan dan Penerbitan
NURUL HIDAYAH BINTI MOHD ANAS

dipangku oleh:

Timbalan Unit Pendidikan
ZAKIATUN NAZNEEN BINTI ABDUL HANNAN



[3]
Timbalan Bendahari Agung
SITI RAHIMAH BINTI AMIR@RAHMAT

dipangku oleh:

Timbalan Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
NURLIA BINTI YUSOPE

Friday 9 July 2010

Hati Berbisik Kalam Berbicara

oleh: Rohayu binti Othman

"Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat,
Tidak ada guna adanya hati kalau tidak tahu melihat,
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri,
Kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati..."


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Hiduplah Engkau Di Dunia Seolah-olah Engkau seorang perantau atau musafir lalu."

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat kepada orang lain. Pengorbanan bermaksud usaha seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Mengenal erti pengorbanan bukanlah mudah, kerana menilai hati yang dizahirkan dengan perbuatan menuntut kepada keikhlasan yang hakiki. Hanya Allah yang Maha Melihat keikhlasan hati hambaNya dalam amal perbuatan. Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan secara jujur. Mereka tidak hanya membuatkan diri sendiri terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi terhormat di sisi Allah.

Firman Allah Ta’ala:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilkinya. Bahkan, Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk mendapatkan keredhaanNya dan menegakkan kebenaran, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada pada pencipta sekalian alam semesta.

Manakala, orang-orang yang tidak mahu berkorban untuk kepentingan umat adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya sendiri. Semakin seseorang itu mencintai apa yang dimilikanya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."

Setelah kita diuji dengan pelbagai ujian yang menuntut pengorbanan jiwa dan harta, kita mampu bersabar serta thabat (tetap) dengan ujian-ujian tersebut, ketika itu barulah kita mula menampakkan kaki kita dijalan dakwah yang sebenar. Jadilah manusia yang sentiasa mahu berkorban untuk sesama kita kerana itulah ciri-ciri orang yang beriman kepadaNya. Wahai para da’ie persiapkanlah dirimu...


Muhasabah Diri

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak)." (Riwayat al-Tarmizi).
Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:
Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).
Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah ali-Imran: Ayat 185).
Di dalam kesibukan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu." (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).


Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar." (Surah at-Taubah: Ayat 119).
Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa." (surah al-Qamar: Ayat 55).
Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:
"Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas." (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).
Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:
"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang." (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).