Sunday 23 January 2011

Dua Orang Mantan AJKT BKKIMM Menimang Cahaya Mata

 Kaherah, 20.01.2011 – Disebalik kekalutan isu yang melanda Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) sejak akhir-akhir ini, kehadiran seorang lagi ‘ahli baru’ telah menyerikan musim dingin kami keluarga BKKIMM. Mantan Ahli Jawatankuasa Tertinggi ( AJKT ), Ust Syahrul Al-Hafiz bin Abdul Hamid bersama isteri, yang juga merupakan mantan AJKT HEWI, Ustazah Khairunnisa’ binti Yusof telah selamat menyambut kelahiran putera sulung mereka pada hari Jumaat, jam 5.20 petang, bertempat di Hospital Rahmah, Roxy, Kaherah. Walaupun mengalami komplikasi pada saat-saat awal kelahiran, namun bayi tersebut telah selamat dilahirkan secara pembedahan Caesarean. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat dan kini sudah berada di kediaman mereka bertempat di Hayyu Asyir.


Pasangan suami isteri yang merupakan mantan Ketua Unit Pendidikan dan mantan Timbalan Ketua Unit Dakwah sesi lepas melahirkan rasa syukur mereka atas nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka khasnya dan umum buat semua kerana telah hadir seorang lagi khalifah, ummat Nabi SAW serta mengharapkan agar anak sulung mereka ini menjadi salah seorang pejuang yang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Mereka turut berharap agar kelahiran ini dapat menyuntik semangat sahabat-sahabat untuk membina bait muslim, selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW dan perintah daripada Al-Khaliq untuk melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan perkara mungkar, seiring mencegah ikhtilat serta hubungan yang melampaui batasan syar’ie.



Turut hadir menantikan kehadiran ‘ahli baru’ tersebut ialah YDP BKKIMM, Ustaz Harman bin Hassan, beberapa orang Majlis Tertinggi AJKT serta ahli BKKIMM. Kami di barisan kepimpinan BKKIMM sesi 2010/ 2011 serta seluruh ahli BKKIMM mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan di atas kelahiran pertama ini.

Friday 7 January 2011

Kronologi Provokasi Penukaran BKKIMM kepada IMAM

[updated] sedikit pembetulan ejaan

Muat turun Kronologi Provokasi Penukaran BKKIMM kepada IMAM di bawah:



[klik gambar untuk muat turun]

Monday 3 January 2011

Perhatian !

Asalamualaikum , Perhatian ! tiada kenyataan rasmi atau tidak rasmi YDP BKKIMM di shoutbox harap maklum .

Bersatu Di Jalan Dakwah


Bersatu Di Jalan Dakwah

Selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt., selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw. dan kaum kerabatnya serta para sahabat yang diredhai sekalian.

Firman Allah swt dalam surah Ali ‘Imran ayat 103 :

(#qßJÅÁtGôã$#ur È@ö7pt¿2 «!$# $YèÏJy_ Ÿwur (#qè%§xÿs? 4 (#rãä.øŒ$#ur |MyJ÷èÏR «!$# öNä3øn=tæ øŒÎ) ÷LäêZä. [ä!#yôãr& y#©9r'sù tû÷üt/ öNä3Î/qè=è% Läêóst7ô¹r'sù ÿ¾ÏmÏFuK÷èÏZÎ/ $ZRºuq÷zÎ) ÷LäêZä.ur 4n?tã $xÿx© ;otøÿãm z`ÏiB Í$¨Z9$# Nä.xs)Rr'sù $pk÷]ÏiB 3 y7Ï9ºxx. ßûÎiüt6ムª!$# öNä3s9 ¾ÏmÏG»tƒ#uä ÷/ä3ª=yès9 tbrßtGöksE ÇÊÉÌÈ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Ayat ini jelas menerangkan kepada kita akan kesatuan yang mesti dibina di atas tali (agama) Allah swt. dan jangan sesekali kita berpecah belah. Selain itu Allah swt. telah mengeluarkan manusia daripada kejahilan bermusuhan sesama sendiri dengan mengikat hati-hati mereka serta menjadikan manusia itu bersaudara, juga Allah swt telah menyelamatkan manusia daripada kejahilan yang berada di tebing neraka. Jika difahami sebaik mungkin akan ayat ini, Allah swt. menuntut kepada orang-orang Islam agar bersatu-padu dan jangan sesekali berpecah belah bagi merealisasikan ayat selepasnya iaitu;

`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôtƒ n<Î) ÎŽtƒösƒø:$# tbrããBù'tƒur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztƒur Ç`tã ̍s3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.

Dapat kita simpulkan daripada kedua-dua ayat ini akan pentingnya kesatuan sebelum membina kekuatan ummah dalam berdakwah. Semestinya kita yakin dan percaya akan ayat ini dengan penyerahan sepenuhnya segala bentuk tawakkal kepada Yang Maha Agung. Allah swt. telah menjanjikan kejayaan bagi mereka yang berusaha menjalankan kerja-kerja dakwah. Semestinya kita yakin dengan ayat ke 31 daripada surah Al-Ra’d yang bermaksud : “sesungguhnya Allah swt sesekali tidak memungkiri janjinya”.

Justeru semestinya kita menolak sebarang bentuk perpecahan yang cuba disusup masuk ke jiwa anak-anak Melaka agar kesatuan dakwah ini akan terus dinobatkan sebagai satu wadah dan wasilah bagi memastikan proses dakwah di Wisma Seri Melaka terus berjalan sebaiknya. Jangan sesekali kita benarkan usaha memecahbelahkan kesatuan yang telah berjaya dibina sejak 34 tahun ini dengan mengenepikan keyakinan kita terhadap Allah swt. akan kesatuan ini. Jangan sesekali kita meletakkan tanggungjawab ini hanya dipikul oleh beberapa orang sahabat-sahabat kita sahaja, akan tetapi bersama kita mengambil tanggungjawab bagi memastikan survival Islam yang telah kita dukungi melalui BKKIMM terus terlaksana dengan kesinambungan yang gemilang. Jangan kita biarkan musuh dalam selimut terus melenyapkan kesatuan ini di dalam selimut keselesaan kita. Jangan kita biarkan gunting dalam lipatan terus merobek kesatuan ini. Jangan kita biarkan api dalam serkam terus membakar dalam diam. Jangan kita biarkan duri dalam daging terus menusuk sehingga meracuni naluri terhadap persatuan berjaya mereka laksanakan.

Wa Allahu Ta’ala A’lam…

“BERILMU DAN BERAMAL”

Harman Bin Hassan

Yang Dipertua

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir

Sesi 2010/2011