Sunday 28 August 2011

BKKIMM MENGHARAPKAN KONVOKESYEN PMRAM TERLAKSANA


BKKIMM MENGHARAPKAN KONVOKESYEN PMRAM TERLAKSANA
Sejurus selepas Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengumumkan kesediaan bagi mengadakan konvokesyen bagi mahasiswa/i Malaysia di Mesir pada tahun ini, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah membuat culaan kasar dan tidak langsung berkenaan hal tersebut. Hasilnya kami mendapati  suara-suara ahli menginginkan terlaksananya konvokesyen anjuran PMRAM yang sudah 2 tahun tidak dijalankan atas beberapa faktor.
Justeru, besar harapan kami agar pihak PMRAM dapat melaksanakan majlis konvokesyen tersebut sebagai tanda kesatuan mahasiswa/i  Malaysia di Mesir. Bagi pihak BKKIMM, kami sedia berkerjasama dengan pihak PMRAM dari sudut tenaga dan sebagainya bagi memastikan majlis konvokesyen ini terlaksana sebaik mungkin.
Harman Bin Hassan
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2010/2011

Saturday 27 August 2011

Melakar Mahabbah di Hujung Ramadhan


Melakar Mahabbah di Hujung Ramadhan
Kaherah, 26 Ogos 2011: Ramadhan yang bakal melabuhkan tirai tidak sekalipun membawa erti agenda kebajikan dan kesatuan BKKIMM wajar dihentikan. Malahan, 2 agenda besar ini terus didukung BKKIMM dan cuba digenggam dengan erat untuk kemaslahatan ahli khususnya, sejajar dengan matlamat Persekutuan yang menaungi BKKIMM selama ini, iaitu, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Mesir (PMRAM). Oleh itu, pada 26hb Ogos yang lalu, kepimpinan BKKIMM sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PMRAM Pusat. Pimpinan pusat diketuai Presiden PMRAM, Ust Zuhaili b. Saiman dan Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM, Ustzh Nurain bt Yaacob tiba di WSM lebih kurang jam 6.15 petang disambut oleh AJKT dan AJKT HEWI BKKIMM. Majlis ringkas ini bermula dengan iftar ringan serta disusuli dengan solat maghrib secara berjemaah. Barisan kepimpinan Pusat kemudiannya dihidangkan dengan makanan berat berupa masakan tradisi di Negeri Melaka, iaitu asam pedas. Masa bersama ini digunakan oleh barisan kepimpinan cawangan dan pusat untuk saling beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan. Diharap aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara BKKIMM dengan PMRAM dalam menggalas amanah kebajikan dan kesatuan khasnya untuk anak-anak Melaka di Mesir. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan solat isyak, terawih dan witir berjemaah.
Barisan kepimpinan PMRAM Pusat dan AJKT BKKIMM yang hadir

Friday 26 August 2011

Semakan Nama & Status Keahlian BKKMM Kali Kedua Sesi 2010/2011







IKTIRAF 35 Bakal Menemui Anda!!!





Julung-julung kalinya pada sesi ini BKKIMM akan mengadakan gabungan 3 program mega iaitu Ihtifal Kesatuan, Hari Keluarga dan Haflah Aidilfitri Anak-anak Melaka (IKTIRAF 35).

Tarikh & Hari : 31 Ogos dan 1 Sept 2011 | Rabu dan Khamis
Tempat cadangan : WSM | Mukhayyam Daim | Hadiqah Dauliyah
Tema : Memori dirasa, Mahabbah terbina, Aidilfitri bermakna
Tema warna : Hijau dan Kuning

Dijemput kepada semua anak-anak Melaka di Mesir untuk turun beramai-ramai bagi memeirahkannya. Pelbagai acara menarik menanti anda!
Maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.Jangan lepaskan peluang berUKHUWWAH kita bersama. JOM BERUKHUWWAH! :)




Saturday 20 August 2011

Daurah Kutaib Al-Imam Syeikj Yusuf Qardawi


Daurah Kutaib al-Imam Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
"Al-Sahwah Al-Islamiah Baina al-Aamal wal-Mahazir"


Tarikh: 20 Ogos 2011
Masa: 9.30 malam (selepas solat tarawikh
Tempat: Surau Wisma Seri Melaka
Anjuran: Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)

Semua sahabat dijemput hadir.





Sunday 14 August 2011

PROGRAM IFTAR MAHABBAH TAAKHI (MELAKA,SELANGOR,PAHANG,TERENGGANU)






Tempat: Dataran Hayyu Asyir
Hari: Isnin
Tarikh:15 Ogos 2011
Masa :5.30 pm-11.00pmTentatif : -Qasidah
-Solat Maghrib

-Iftar dan Tayangan 
-Solat Isyak-Tarawih & Tazkirah
-Majlis penutup



Dijemput semua Anak-anak Melaka dan ahli Bkkimm hadir untuk merapatkan silaturrahim antara ahli Bkan dan memeriahkan lagi majlis...

"Ukhuwah Dibina,Ramadhan Bermakna"

Saturday 13 August 2011

Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) 2011 Siri I dan II Berjalan Lancar



10-11 Ogos : Bagi merealisasikan hasrat kepimpinan peringkat pusat sekaligus menjayakan gagasan ke-6 BKKIMM iaitu melatih dan melahirkan pelapis kepimpinan, Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM dengan kerjasama penuh komuniti pelaksana telah berjaya mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri I dan II pada 10 dan 11 Ogos 2011 yang lalu. Bertempat di Wisma Sultan Muhammad V, Hayyu Sabie’, Kaherah, dua siri terawal kali ini telah menggabungkan kehadiran peserta dikalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Kecil Unit BKKIMM yang berjumlah kira-kira 40 orang peserta.
Dimulai dengan majlis perasmian oleh wakil Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Aziz bin Ali, selaku Timbalan Presiden merangkap Badan Pengurus Lajnah Perancang dan Panatia PMRAM 2011, peserta kemudiannya  didedahkan dengan beberapa slot yang memugar kembali semangat kepimpinan samada diperingkat AJKT mahupun AJK Unit. Rata-rata yang menyertai mengakui kepentingan program seperti KIK ini diadakan selain daripada melatih gerak kerja dalam memacu organisasi, malah memberi nilai tambah kepada seorang mahasiswa untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak. Oleh yang demikian, pihak penganjur mengharapkan peserta akan terus konsisten dalam memberikan tumpuan pada KIK siri III (khusus untuk penyertaan AJKT) dan siri terakhir (dibuka kepada AJK Unit) yang akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos 2011 akan datang.
JSUA BKKIMM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Kelantan Mesir serta kepada barisan kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) yang bekerjasama dan sudi memberikan ruang khusus kepada anak-anak Melaka mengadakan program ini di permis mereka, serta seluruh tenaga pengisi yang telah menjayakan setiap slot yang diadakan. Semoga segala amalan perbuatan baik yang kalian lakukan diterima Allah S.W.T terutama dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, InsyaAllah.

“Kepimpinan Islamik Tunggak Ketelusan Pengurusan”

Laporan Oleh,
Komuniti Pelaksana
Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) 2011.









Pelancaran Ihya Ramadhan


Ihya Ramadhan 1432H

8/8/2011- Kedatangan Ramadhan adalah satu nikmat anugerah Allah kepada umatNya. Ini kerana, pahala-pahala ibadah yang dilakukan akan digandakan oleh Allah pahalanya berlipat kali ganda. Di sinilah peluang yang patut dikejar oleh setiap umat Islam.

BKKIMM sebuah badan kebajikan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan thaqafah serta kesedaran ahlinya untuk beramal ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ramadhan dan BKKIMM
Oleh yang demikian,BKKIMM telah melantik satu jawatankuasa khusus iaitu Jawatankuasa Ihya Ramadhan di bawah kendalian Unit Dakwah BKKIMM sesi ini bagi menyusun dan melaksanakan apa jua program sepanjang keberadaan ahli BKKIMM di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.Antara yang telah dirancang ialah tazkirah subuh, tadarus Al-Quran, kelas tafaqquh, imam dan bilal terawih, jadual musyrif dan sebagainya.

Berikutan daripada itu, baru-baru ini, iftar jami'e antara semua ahli BKKIMM yang berada di Kaherah telah diadakan di Wisma Seri Melaka.Sambutan yang diterima amat menggalakkan.Majlis iftar kali ini dimulakan dengan bacaaan Yaasin dan tahlil ringkas serta solat sunat hajat sebelum hadirin dijamu dengan juadah berbuka puasa yang disediakan sendiri oleh Unit Masakan Ihya Ramadhan.

Majlis Perasmian Ihya Ramadhan BKKIMM 2010/2011

Dari kanan : Us Harman Bin Hassan ( YDP BKKIMM). En Anwar Bin Idris ( Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Melaka ).Us Ridwan Ab Rahman ( Pengarah Ihya Ramadhan BKKIMM 2010/2011) 
Majlis perasmian pelancaran Ihya Ramadhan BKKIMM bagi sesi 2010/2011 ini telah dilaksanakan pada 2/8/2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H yang lalu. Majlis pelancaran dihadiri oleh YDP BKKIMM,Us Harman Bin Hassan beserta Pengarah Ihya Ramadhan, Us Ridwan Ab Rahman dan majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Kebajikan Hal Ehwal Pelajar Melaka, En.Anwar Bin Idris. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Us Mohd Fauzan Bin Mazlan, Bendahari Kehormat Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir (ILMAM).Disamping itu, pelancaran kempen biah solehah turut dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran ahli akan kepentingan menjaga persekitaran suasana Islamik terutamanya di Wisma Seri Melaka samaada dari segi pergaulan, etika pemakaian Islam, larangan merokok dan sebagainya.

Kempen Biah Solehah

Diharapkan segala aktiviti yang disusun dapat diambil manfaatnya oleh setiap ahli BKKIMM.

BKKIMM bergerak dalam Ramadhan
Pendokong berkualiti menjadi harapan
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan
Sirah Nabi menjadi panduan

Laporan oleh :
Unit Dakwah BKKIMM
Sesi 2010/2011


Tuesday 9 August 2011

Sunday 7 August 2011

Mahabbah yang berpanjangan

Mahabbah yang berpanjangan

5/8/2011 ( Jumaat ) - Pemergian Saudari Fatin Fasihah Bt Hanafi pada malam 1 Ramadhan 1432H yang lalu memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga beliau terutamanya ayah beliau, Us.Hanafi.

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) sebelum ini sentiasa mengikuti perkembangan kes yang terjadi ke atas Allahyarhamah Fatin Fasihah yang disahkan menghidapi Systemic Lupus Erythymatous (SLE) yang menyebabkan komplikasi jantung dan pendarahan dalam otak sehingga beliau koma semenjak 11/7/2011 sehinggalah beliau dijemput oleh Allah untuk kembali ke sisiNya pada malam 31/7/2011 yang lalu bersamaan malam 30 Sya`ban 1432H. Allahyarhamah merupakan pelajar tahun 2 perubatan Universiti Kaherah, merupakan anak kelahiran Melaka dan turut berdaftar sebagai ahli BKKIMM.

Beberapa siri kutipan derma dan sumbangan telah dijalankan oleh Unit Kebajikan BKKIMM bagi membantu keluarga beliau dari segi kewangan.Alhamdulillah,semangat membantu para ahli BKKIMM dan mahasiswa/wi negeri lain telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah LE 2000 dan USD 151.Sumbangan telah diserahkan kepada Ayah saudari Fatin Fasihah oleh YDP BKKIMM, Us Harman Bin Hassan.

Sumbangan diserahkan kepada ayah Fatin Fasihah, Us Hanafi oleh YDP BKKIMM

Baru-baru ini, BKKIMM sekali lagi mengambil kesempatan bagi meneruskan mahabbah yang sudah terjalin dengan mengadakan iftar bersama Us Hanafi di penginapan sementara beliau di Kasr El-Ainy sebelum beliau pulang ke Malaysia.Iftar kali ini disertai oleh YDP BKKIMM, EXCO Kebajikan dan 2 orang AJK Kecil Kebajikan BKKIMM. Turut hadir ialah Penasihat BKKIMM, Dr.Ahmad Syahir Bin Md Ismail dan Presiden PERUBATAN, Dr.Syafiq Hamdani beserta seorang EXCO PERUBATAN.

Pihak BKKIMM dimaklumkan oleh Us Hanafi bahawa kebetulan kedatangan kami pada hari tersebut bertepatan dengan tarikh kelahiran Allahyarhamah Fatin Fasihah.Manik-manik jernih kelihatan di mata Us hanafi beserta tetamu yang hadir.Semoga Allah memberikan kesejahteraan ke atas roh beliau.Al-Fatehah.

Tahlil ringkas diadakan selepas solat maghrib.
Iftar diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama ayah Fatin Fasihah,Us Hanafi.

Laporan oleh :
Unit kebajikan BKKIMM
sesi 2010/2011

Sementara menanti waktu berbuka puasa 

Bergambar kenangan bersama Us Hanafi

Adobe Photoshop (Cara Cepat)


Monday 1 August 2011

Jenazah Fatin Fasihah Selamat Dikebumikan

31 Julai 2011, Kaherah - Seorang mahasiswi Melaka yang menghidapi penyakit SLE (Systemic Lopus Erythematous) telah disahkan meninggal dunia malam tadi di Hospital Kasr El-Ainy. Allahyarhamah Fatin Fasihah binti Hanafi menghembuskan nafas terakhir setelah koma sejak 11 Julai lalu akibat pendarahan dalam otak dan serangan jantung.

Walaubagaimanapun, makluman mengenai pemergian arwah hanya diketahui petang tadi ketika ayah arwah, En. Hanafi bin Muhammad Rahmat, dan beberapa orang rakannya datang ke hospital pada waktu lawatan. Hospital memaklumkan bahawa kelewatan tersebut berlaku kerana pihak hospital gagal menghubungi pihak yang berwajib.

Jenazah telah disolatkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) (Asrama Rumah Melayu Abasiah- ARMA) selepas solat terawih dan dikebumikan di