Wednesday 7 March 2012

BKKIMM bersama air mata KPT


Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam.Kerana pastinya dengan keimanan serta title kita sebagai muslim pasti menjadikan kita sebagai hamba yang tidak akan sewenang-wenangnya cuba melanggar aturan sang Pencipta.

Perjalanan dalam mencari ilmu mampu menjadikan seseorang yang begitu dahagakan ilmu akan bertungkus lumus sedaya mungkin demi untuk mendapatkan kemanisan ilmu itu sendiri. Hanya mereka yang benar-benar terjun di dalam medan ini mampu memperoleh kemanisan tersebut.
Inilah perasaan yang dirasai bagi mereka yang bergelar mahasiswa. Mahasiswa sanggup berkorban perasaaan, masa, tenaga malahan wang ringgit demi untuk mencapai cita-cita yang diinginkan.
Bahkan ini jugalah yang dituntut oleh Islam kepada umatnya " Mencari ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim " ( Riwayat At-Tabrani ) dan " Barangsiapa yang berada di dalam perjalanan mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga " ( Riwayat Muslim)
Berdasarkan janji ini, mahasiswa di Mesir khususnya akan terus berjuang demi mendapatkan ilmu dari para ulama serta ilmuwan yang masyhur di Mesir ini.

Tetapi malangnya, usaha ini seolah-olah dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Tindakan seperti menyekat kebajikan mahasiswa dari segi kewangan menjadi salah satu rutin yang sering dimomokkan kepada mahasiswa /wi .

Kes yang berlaku baru-baru ini kepada 9 mahasiswa Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir( KPT ) yang ditarik pinjaman turut memberi kesan kepada mahasiswa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ). Tindakan yang dikenakan kepada 9 mahasiswa ini , dikira sebagai tindakan yang kurang wajar. Pihak BKKIMM memohon jasa baik  pihak Yayasan Terengganu ( YT ) agar dapat mempertimbangkan semula tindakan ini,kerana ia berkait dengan isu kebajikan mahasiswa.

KPT merupakan selaku sahabat BKKIMM yang bersama-sama memperjuangkan kebajikan pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Mesir di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) selaku NGO yang berdaftar di Mesir.

Allah Taala berfirman bermaksud; Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu semua orang- orang yang menegakkan ( keadilan) bagi Allah lagi saksi- saksi dengan bersikap adil. Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menghalang kamu untuk berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil, itulah yang lebih hampir dengan taqwa." ( Surah al-Maidah ayat 8 ).

" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH "

" BERILMU DAN BERAMAL "

AMIR AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2011/2012



No comments:

Post a Comment