Tuesday 27 March 2012

Aplikasi tarbiyah pelengkap agenda kesatuan


                     Tarbiyah merupakan kelansungan tugas  rasul dan sahabat untuk menyucikan jiwa serta merupakan haluan bagi para muttaqin . Menurut Dr.Ali Abdul Halim Mahmud,tarbiyah adalah satu method terbaik yang mampu memberi interaksi secara lisan mahupun sentuhan  bersama fitrah manusia.

                   Oleh yang demikian,tarbiyah berperanan sebagai penyediaan medan latihan  kearah pembentukan du’at dan penerus dakwah disamping   dapat mengubah manusia kepada yang lebih baik dengan berlandaskan manhaj serta wasilah-wasilah tertentu sevara hikmah.Firman ALLAH S.W.T :
         Maksudnya :”….. …serulah manusia ke jalan agama tuhanmu dengan berhikmah dan peringatan yang baik….”

             Realiti yang berlaku jelas menunjukkan ,keizzahan mahasiswa dan mahasiswi hari ini tidak kira Pengajian Islam mahupun Perubatan semakin pudar, sirna sedikit demi sedikit tanpa disedari. Ini kerana kurangnya penghayatan dan praktikal kepada ayat-ayat Al-Quran serta ilmu agama yang dipelajari. Tanpa iman dan thabat di dalam jiwa ,maka diri dengan mudah dicemari dengan dosa dan maksiat yang dilakukan.

Apa yang menyedihkan,kepadatan sebilangan besar daripada mahasiswa dan mahasiswi tidak mencerminkan akhlak atau sikap sebagai seorang penuntut ilmu agama dan lebih malang lagi wujudnya keruntuhan moral yang serius seperti budaya ikhtilat tidak syar’ie syndrome couple yang masih dianggap remeh di antara kita, menonton filem-filem lucah dan tidak mendatangkan manfaat, (sms) tidak syar’ie dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH S.W.T.

        Fenomena ini kian meruncing ,beberapa langkah pencegahan awal  oleh BKKIMM diambil sebagai satu inisiatif pelbagai antaranya dengan menterjemahkan kaedah-kaedah rawatan tersebut di dalam beberapa program supaya dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua ahli. Firman ALLAH S.W.T :
“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..”

           Usaha mencegah penyakit menular ini sangatlah diharapkan dari semua peringkat baik kepimpinan mahupun ahli. Aplikasikan platform  Muzakarah berkelompok dan manhaj yang disusun dengan sebaiknya.Yakinlah ,proses tarbiyah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah akan mendidik hati menjauhi kekotoran-kekotoran dari sudut I’tiqad, ibadah dan akhlak sebagai perhiasan biri seorang muslim.

          Duhai pewaris nabi,ayuhlah kembali menuju ke arah yang suci. Moga kita mendapat restu Ilahi. Jadikanlah RasuluLLah sebagai qudwah hasanah dalam menggapai mardhatiLLah. Salam Al-Qadr!!


Hasil Nukilan:
Siti Iziatul Hawa Bte Mohd Yusof
Timbalan Ketua Hewi
Sesi 2011/2012

Sunday 11 March 2012

‘Isu Penarikan Pinjaman 9 Orang Ahli Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ( KPT )’


8.3.2012: WISMA SERI MELAKA, Kaherah. Hari ini telah diadakan sesi penerangan berkaitan ‘Isu Penarikan Pinjaman 9 Orang Ahli Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ( KPT )’.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil kemudian diteruskan dengan majlis penerangan isu yang telah disampaikan oleh 2 orang wakil EXCO KPT iaitu saudara Mohd Zuhad Ataillah Bin Abdul Rahman dan Saudara Abdul Manaf Bin Ghani..


Sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa/wi Melaka berkaitan isu ini jelas menggambarkan sensitiviti serta kebersamaan selaku mahasiswa/wi yang sama-sama menuntut di Mesir. Pelbagai persoalan serta cadangan telah dilontarkan oleh ahli-ahli Melaka demi untuk mencapai kesepakatan bagi membantu mangsa yang terlibat dengan isu walaupun berlainan negeri kerana inilah yang telah diterapkan oleh Islam iaitu “ Setiap mukmin itu adalah bersaudara “.


Majlis diakhiri dengan solat hajat yang diimamkan sendiri oleh exco KPT. Tabung sumbangan turut diedarkan sewaktu majlis berlangsung bagi sama-sama membantu walaupun sedikit bagi meringankan beban mangsa. Sumbangan hampir mencecah LE 300 telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut hasil sumbangan ahli-ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ). Semoga Allah mempermudahkan urusan sahabat-sahabat kita yang ditimpa ujian ini.

Satu Fikrah Satu Amal

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua..

Disediakan oleh :
Unit Kebajikan BKKIMM sesi 2011/2012

Monday 5 March 2012

Kenyataan Rasmi YDP KPT Mesir : Isu Sembilan Mahasiswa Ditamatkan Pinjaman Yayasan Terengganu



Setinggi kesyukuran hanya untuk Allah SWT, Pencipta Teragung yang telah mengurniakan kekuatan dan kesempurnaan waktu. Selawat dan Salam ke atas Saidina Muhammad SAW. Seterusnya ke atas Ahli Bait dan para Sahabat dan salam penuh keinsafan buat Mahasiswa Islam yang dirahmati Allah SWT sekalian.
Sahabat dan sahabiah sekalian,
Kebelakangan ini, kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Cawangan Terengganu pada sesi ini melahirkan rasa simpati dan dukacita berkenaan isu mahasiswa Terengganu di Mesir yang ditamatkan Pinjaman Yayasan Terengganu (YT) baru-baru ini. Tanpa segan silu saya menyatakan bahawa perkara ini telah menjadikan mangsa dilema dengan surat yang bertarikh 20 Februari 2012 bertajuk “Penamatan Perjanjian Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu”  dikuatkuasa serta-merta.
Surat yang diterima oleh ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir iaitu seramai sembilan orang telah memeranjatkan semua Mahasiswa Islam Terengganu di Mesir. Bagaimana mungkin berlaku ketika musim kuliah Pengajian Islam dan Perubatan baru sahaja bermula untuk sesi kedua bagi tahun ini.
Mahasiswa/wi seperjuangan,
Kesungguhan KPT Mesir untuk membantu mahasiswa kali ini adalah kerana dasar pertubuhan persatuan ini ialah menjaga semua kebajikan ahli. Walaupun tahun ini tiada lagi penghantaran daripada YT ke Mesir, namun kami tetap yakin bahawa dengan kesatuan yang dibina oleh generasi pada tahun 1964 sehingga sekarang akan disambung selepas daripada ini sepertimana pembukaan kota Konstantinople yang dijanjikan oleh Nabi SAW.
Mahasiswa/wi Islam sedunia,
Penafian hak pinjaman terhadap pelajar seolah-olah akta AUKU cuba diwujudkan untuk mahasiswa di luar negara. Sepatutnya, usaha untuk melahirkan generasi Ummah yang terbaik perlu dititikberat dan diutamakan oleh pihak berwajib. Kita sendiri juga tahu bahawa golongan mahasiswa inilah menjadi kesinambungan generasi ulama dan doktor bahkan aset utama negara.
KPT Mesir menarik simpati pihak berwajib untuk meneruskan pinjaman YT kepada mahasiswa terbabit demi melahirkan identiti negara Malaysia yang bertaqwa dan mampu berkhidmat di bumi Terengganu Darul Iman pada masa kelak sepertimana laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU DAN BERAMAL”
MOHD ZAHANI BIN ABDUL GHANI
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.