Wednesday 25 April 2012

Qiamullail dan Ribat Perdana peringkat Bkan Melaka.


 Jumaat, 20 April - Bersempena imtihan yang bakal berlangsung, BKKIMM telah menganjurkan program
Qiyamullail Perdana dan Ribat peringkat Bkan Melaka. Qiyamullail yg bermula sekitar jam 3.15 pagi itu
telah dibimbing oleh Ust Ahmad Muhsin selaku penasihat dan Ust Amir Al-Amin selaku Ydp BKKIMM.


Selepas s0lat Subuh berjemaah, program diteruskan dengan tazkirah ringkas. Pentazkirah jemputan
kali ini merupakan Ydp Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir iaitu Ust. Mohd Zahani B
Abd. Ghani. Dalam tazkirah tersebut, beliau telah mengingatkan tentang ciri-ciri orang beriman.
Beliau telah memetik kefahaman dan pengajaran daripada ayat Surah Al-Mukminun.


Di akhir penyampaian, beliau memberikan sedikit taujihat dan semangat dalam menghadapi imtihan.
Selain daripada usaha yang dilakukan seperti membaca dan bermuzakarah, janganlah kita lupa dan
 jemu untuk berdoa kepada Allah.


InsyaAllah, untuk minggu-minggu yang akan datang BKKIMM akan terus menganjurkan Qiyamullail
sebagai penguat dan penghidup kepada rohani semua ahli. BKKIMM mengharapkan kepada semua
mahasiswa di perlembahan Nil khususnya ahli supaya berusaha bersungguh-sungguh dan mendoakan supaya diberikan kejayaan di dalam peperiksaan.

"Memartabat Keilmuan,Memimpin Kesatuan"

Di sediakan oleh : Unit Dakwah,Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2011/2012..

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM  milik semua..


Thursday 19 April 2012

Pencinta malamMU


Tatkala diselimuti malam,
Benteng jiwa disemat rapi,
Dingin angin singgah membelai,
Ingin diri bersama pergi,
Namun tidak sekali,
Semarak keazaman menggunung,
Pastikan merempuh tugu kebosanan,
Mencipta semangat satu ketekadan,

Tubuh kerdil tunduk malu,
Tika mereka dibuai mimpi,
Mujahadah itu lebih bererti,
Satu ikatan terlerai rapi,
Ketika mampu menongkah nafsu diri,
Bangkit bersama kekuatan,

Tika dingin air menyentuh tubuh,
Gugur dosa-dosa kecil dijemari,
Puas hatiku melawan arusnya,
Berusaha memenuhi kehendak yang ESA,
Ikatan kedua mampu ku leraikan,

Oh, aku mampu,
Aku bisa menangkis belaian malam ini,
Demi simpulan ketaatan padaNYA,
Malam yang sangat membahagiakan,
Meraih cinta,
Menyulam rindu,
Sepi bersendirian,
Mengharap pandanganMU buat si dhoif ini,
Seluruh jasad ku kerah,
Tunduk ego menghina diri dihadapanNYA,

Indah sungguh alunan malam di sepertigaNYA,
Perasaan berbaur keinsafan,
Menghirup nikmatNYA,
Sungguh tidak aku sangka,
Tubuh kerdil ini bisa sujud,
Menghamba diri,
Inilah leraian ikatan terakhir ku,

Ya Allah, kini aku sedar,
Tahajud ini membawa seribu erti,
Kesyahduan malam ini menghembus dosa semalam,
Kini aku berazam,
Pastikan langkah kanan ini bisa diatur mengikut acuan,

Tuhanku,
Keagungan malam ini pasti kan berlalu,
Sudikah insan kerdil ini kembali terpilih,
Sekali lagi mengadu mendamba diriMU,
Dalam setiap sujudku,
Kekesalan menyinggah di qalbu,
Tersentak di benakku peristiwa lalu,

Namun aku percaya,
Takdir itu datang membawa selaut hikmah,
Lapang hati menerimanya,
Redha dengan ketentuanNYA,
Embun yang menitis membelai pipi,
Mengalir di bawah tadahan tangan yang hina ini,
Menjadi saksi mengharap ampunan yang Agung,
Juga menyimbah amarah api membakar,

Ya Allah,
Demi sang pencipta,
Sungguh jalan Ad-Din penuh dengan liku,
Punyai duri yang menusuk,
Mencengkam seluruh jasad,
Namun ia bukan penghalang,

Pasti ku jadikan malam ini,
Penguat dikala lemah,
Bangkit dikala rebah,
Sedar dikala alpa dan leka,
Manis dikala merasai pahitnya hidup ini,
Demi menjulang nama ISLAM,
Kekal bersama arus duniawi…


-EyeLight-

Fahaman dan Ideologi


Kaherah, 5 April 2012 – Tema Bulan thaqafah di bawah anjuran Unit Pendidikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mula membuka tirai dengan beberapa buah aktiviti selepas pelancarannya pada 1 April yang lalu.

Pembentangan kertas kerja ilmiah Fahaman dan Ideologi yang merupakan program pertama ini telah berjaya dilaksanakan pada 3 dan 4 April 2012. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Fadzil, yang bertajuk‘Perbandingan agama dan fahaman yang melampau’ dan ‘ Silsilah Gerakan Islam’.

Program bermula seusai solat Isyak berjemaah kira-kira jam 8.30 malam, bertempat di surau Wisma Seri Melaka. Kehadiran yang amat memberangsangkan daripada seluruh ahli Melaka dan barisan kepimpinan BKKIMM 2011/2012.

Program yang berakhir pada jam 10.30 malam ini mampu membuka minda mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih matang dalam memikirkan punca masalah-masalah aqidah yang telah berlaku dalam masyarakat Islam hari ini.

Justeru, pembentang menekankan bahawa umat Islam hari ini perlu mengenal secara dalam berkaitan silsilah dan gerakan Islam sebenar masa kini. Kesilapan masyarakat hari ini adalah kurang mengkaji asal usul kedatangan Islam dan bagaimana Islam mula bertapak di muka bumi ini. Hal ini menyebabkan kebanyakan umat Islam terlalu taksub dan taklid semata.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada pembentang oleh Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Amir Al-Amin bin Mustaff diiringi Ketua Unit Pendidikan Ustaz Muhammad Daud bin Ashaari.


Laporan oleh:
Unit Pendidikan BKKIMM 2011/2012

Monday 16 April 2012

Muzakarah Berkelompok Amali Gabungan Ikhwah..BKKIMM 2011/2012..

KAHERAH, 13 April – Sepertimana minggu-minggu yang lain, hari Jumaat terus dihidupkan dengan aktiviti bermuzakarah di kalangan mahasiswa di Perlembahan Nil. Pada 13 April yang lalu, BKKIMM telah menganjurkan aktiviti muzakarah berkelompok secara amali. Unit Muzakarah Berkelompok bersama Unit Kesenian,Kebudayaan dan Sukan telah menyusun permainan  sukan bowling khusus di peringkat ahli-ahli ikhwah. 

Bergambar bersama-sama dengan Badan Pengurus.

Permainan yang diadakan di International Bowling Centre dan disertai oleh seramai 35 orang ikhwah BKKIMM termasuk AJKT  telah berlangsung dengan jayanya. Sebelum bertolak bersama-sama  ke tempat permainan pada jam 2 petang, kami semua telah dihidangkan dengan hidangan makanan tengahari di Wisma Seri Melaka.

YDP bergambar bersama-sama dengan abang-abang senior.

Aktiviti seumpama ini dilihat sebagai satu kesempatan yang berharga dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ahli BKKIMM. 

Permainan yang tamat sekitar jam 5.30 petang itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Melaka Ust Halis Syafiq serta ditemani beberapa orang Badan Pengurus yang lain. Semua yang sertai kelihatan gembira meskipun letih bermain. 


InsyaAllah, BKKIMM akan terus komited dalam menjaga kesatuan mahasiswa Melaka (secara khususnya) serta melahirkan daie yang cerdas melalui aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti ini.

Di sediakan oleh : Unit Muzakarah Berkelompok BKKIMM 2011/2012..

BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua.

Thursday 5 April 2012

Kalam Timbalan Ketua Hewi 2011 / 2012


Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah S.W.T di atas nikmat Iman  dan Islam   yang dikurniakan kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa risalah kebenaran, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh penggerak mata rantai perjuangan.

“kamu (umat islam)adalah umat terbaik yang  dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh berbuat  yang  ma’ruf,dan mencegah dari  yang mungkar,dan beriman kepada  ALLAH”
(Al-Imran : 110)
Serikandi Muslimah  yang dirahmati ALLAH sekalian,

    Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, hari ini kita menjadi seorang muslimah yang berkesempatan menginjakkan kaki di persada bumi anbiya’ ini tanpa mengira bidang pengajian sama ada agama mahupun perubatan.

   Pertemuan mahabbah ini sangat  penting bagi membina kepaduan ukhuwah sesama muslimah lalu membentuk generasi pewaris kenabian sekaligus menjadi  tulang belakang yang kuat  sebagai dinding sandaran kepada muslimat BKKIMM secara khusus dan muslimat di mesir secara umum.

Sayap kiri perjuangan yang dikasihi ALLAH sekalian,
    
     Sungguh, ALLAH SWT  telah menjadikan di dalam setiap tubuh manusia itu seketul daging.Ia menjadi alat yang mengawal diri  manusia,samaada melakukan kebaikan mahupun keburukan.Hakikatnya, anggota manusia yang terzahir adalah hasil daripada hati itu sendiri.Maka  saya di sini amat mengharapkan muslimat BKKIMM hari ini ,terhindar dari penyakit-penyakit hati yang boleh menyebabkan perpecahan antara muslimat BKKIMM sekaligus menjadi fitnah kapada agama islam itu sendiri. Sebagaimana di dalam  Firman ALLAH S.W.T ,maksudnya :

“berpegang teguhlah kepada ALLAH ,maka sungguh dia akan diberi petunjukkepada jalan yang lurus” (Al-Imran : 63)

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang kukuh”-(as-saff :4)

Sahabiah fiLLAH yang diberkati ALLAH SWT sekalian,

   Dikesempatan ini juga,suka untuk saya mengingatkan bahawa kita kini telahpun bergelar sebagai seorang mahasiswi. Maka dengan peluang yang ada , kita seharusnya  bersama-sama mengutip mutiara-mutiara  ilmu yang ada di bumi mesir ini dengan sebaiknya sebagaimana yang telah ditekankan oleh Islam itu sendiri tentang kepentingan dan martabat orang berilmu.Ini dijelaskan lagi dalam firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :-

“ALLAH S.W.T mengangkat kedudukan orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang beriman beberapa darjat kedudukan”-(Al-Mujadalah : 11)

    Sayugialah kita yang bergelar  muslimah  menggilap bakat-bakat terpendam kurniaan Ilahi dengan ilmu yang ada  supaya tenaga dan pengurusan kehidupan  kita lebih sistematik dan tersusun sekaligus memenuhi cabaran dan mehnah  hidup di medan  perjuangan baik di mesir  mahupun di Tanah air tercinta kelak”Dimana bumi kupijak di situ Islam kujunjung”.Saranan  mahasiswi berjiwa besar  juga perlu lebih kerap disemai  bagi  membenihkan  kefahaman dan semangat dalam  melaksanakan amanah  yang ditaklifkan selaku seorang Khalifah di atas muka bumi Allah S.W.T. Mengimbangi daya kekuatan  seorang mahasiswi dalam belajar dan berpersatuan perlulah sentiasa diadaptasi  bagi menjamin karisma dan hemah yang dibawa di dalam sistem pentadbiran Islam .

“Dan hendaklah ada di antara kamu ada segolongan orng yangmenyeru kepada kebajikan,menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”

    Akhir kata,sama-samalah kita menjadi seorang muslimat yang berkeperibadian tinggi,berhemah,mempunyai akhlak, thaqafah,bijak,aktif dan berwibawa dalam membawa wadah Islam yang kita cintai khususnya kepada muslimah BKKIMM.Marilah sama-sama kita melakar sejarah sebagai bukti bahawa muslimah hari ini bukan menjadi bahan fitnah kepada agama Islam semata-mata,bahkan menjadi kebanggaan dan bunga idaman kepada islam itu sendiri.


Muslimah berani melakar kredibiliti ummah,
BKKIMM TERUS BERGERAK,BKKIMM MILIK SEMUA
Wallahu Ta'ala a’lam.


Siti Iziatul Hawa bt Mohd Yusof
Timbalan Ketua HEWI BKKIMM,
sesi 2011/2012

Wednesday 4 April 2012

KUDRI'12 : "Daie Murabbi Penjana Generasi Rabbani"


Kaherah, 3 April 2012 - Misi mencapai gagasan Adab dan Tarbiyyah serta Pemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) diteruskan lagi dengan sebuah program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Unit Dakwah dan kerjasama Unit Pendidikan.

Kursus Daie Kontemporari (KUDRI’12) ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 15, 17, 18, 19 dan berakhir dengan sesi graduasi pada 25 Mac 2012. Program ini diadakan bermula jam 5 petang iaitu sesi pendaftaran peserta dengan bayaran pendaftaran sebanyak LE5 setiap seorang. Program yang tamat kira-kira jam 10 malam ini turut dihidangi dengan juadah makan malam pada setiap hari program berlangsung.

Sebanyak 9 slot berbentuk teori berjaya dilaksanakan dalam memberi kefahaman kepada para peserta. Antara slot yang menarik adalah: Penghayatan Hati Al-Quran, Cara memikat madu’u, ‘Dimana bumi dipijak, disitu Islam Dijunjung’, Kenali Musuh dan cabaran dakwah, Pendakwah Masa Kini dan sebagainya.

Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan diskusi kitab ‘Bahtera Penyelamat’ yang disampaikan oleh Ustaz Nik Abdul Hayyi Dan kitab ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan’ yang disampaikan oleh Ustaz Helmy Haris dan Ustaz Mohamad Norazam bin Bahador.

Pendaftaran program ini terbuka kepada seluruh ahli BKKIMM dan BKAN taakhi Selangor (BKASM) dan Pahang (BKMIP). Kehadiran peserta seramai lebih kurang 70 orang termasuk ikhwah dan akhawat ini membuktikan bahawa kewajipan menuntut ilmu itu amat dititik beratkan dalam kalangan Mahasiswa. Turut hadir dalam program ini adalah seluruh barisan kepimpinan BKKIMM dan ahli jawatankuasa ajk kecil Unit Dakwah dan Unit Pendidikan.

Seterusnya bagi mengakhiri program ini, majlis perasmian penutup yang dipengerusikan oleh saudara Badrul Amin bin Ashaari menjemput pengarah program saudara khairul Fadhli bin Hussin selaku ketua Unit Dakwah BKKIMM untuk memberi sedikit ucapan.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup  oleh Timbalan Ketua Hewi BKKIMM 2011/2012 saudari Siti Iziatul Hawa bte Mohd Yusof. Di dalam ucapannya, beliau amat berbangga dengan kehadiran para peserta dan mengharap agar program seperti ini terus mendapat sokongan daripada ahli Melaka khusunya juga buat seluruh ahli PMRAM umumnya. Beliau juga memberi nasihat agar mahasiswa dan mahasiswi tidak terlepas daripada kewajipan menuntut ilmu terutama di bumi anbiya’ ini.

Majlis perasmian penutup ini diakhiri dengan pelancaran gimik perasmian penutup oleh perasmi dengan menandatangani sehelai sijil graduasi perseta KUDRI’12 sebagai simbolik tamatnya KUDRI’12 bagi siri pertama ini. Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada perasmi oleh Timbalan Pengarah Program saudari Nurulain binti Mohd Zaid selaku Timbalan Unit Pendidikan BKKIMM.

Tirai KUDRI’12 ditutup dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.

Sekian.


Laporan oleh:
Setiausaha KUDRI’12

Tuesday 3 April 2012

Majlis Perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria




Majlis Perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria

1 April 2012 : Majlis Perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria di bawah kelolaan Unit Pendidikan dan Unit Kebajikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) telah berjaya dilaksanakan. Bertempat di Surau Wisma Seri Melaka majlis ini telah dimulakan dengan perasmian Bulan Thaqafah dan Minggu Peduli Palestin dan Syria oleh YDP Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM).
Gambar Gimik Perasmian Bulan Thaqafah & Minggu Peduli Palestin dan Syiria
Antara isi ucapan perasmian yang disampaikan,YDP BKKIMM mengharapkan seluruh mahasiswa yang hadir perlu sedar bahawa mereka perlu sentiasa peka terhadap isu-isu yang berlaku khususnya kepada umat Islam di seluruh dunia kerana peranan mereka bukan hanya dibangku kuliah semata-mata akan tetapi bahawa peranan mereka dimasa ini akan memberi kesan kepada nasib dunia pada masa akan datang.

Gambar kedua pengisi slot penerangan isu Palestin dan Syria  ditemani YDP BKKIMM
Majlis diteruskan dengan agenda yang cukup menarik iaitu majlis penerangan isu yang berlaku di Syria hari ini.Majlis penerangan ini telah disampaikan oleh dua orang ahli panel yang sangat hebat dalam bidang sejarah dan isu-isu semasa khususnya isu umat Islam hari ini. Majlis penerangan isu ini diadakan adalah bagi memastikan maklumat yang diterima oleh hadirin adalah betul dan tepat.Pelbagai isu yang menarik telah dikupas, antaranya asal usul Syiah Nusairiyah dan Rejim Bashar Asad yang kini semakin hebat menindas dan menekan rakyat Syria.
Gambar sebahagian hadirin yang turut menjayakan majlis.
Diakhir majlis penerangan, beberapa persoalan telah diajukan kepada ahli panel. Persoalan-persoalan telah dijawab dengan pandangan-pandangan ulama’ serta dalil-dalil yang mengukuhkan lagi kefahaman para peserta terhadap persoalan yang diajukan. Melalui majlis ini satu lagi perkara yang digariskan dalam Gagasan BKKIMM iaitu Kemantapan Fikrah melalui thaqafah dan ilmiah dapat dijayakan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut samaada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan, insyaallah.

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua.

Laporan oleh,
Unit pendidikan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir Sesi 2011/2012

Sunday 1 April 2012

LAPORAN IKATAN MAHABBAH ANAK-ANAK MELAKA (IKMAM'12)



1,2 & 3 Mac 2012 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan Ikatan Mahabbah Anak-anak Melaka (IKMAM'12).

Tujuan pelaksanaan IKMAM12 adalah untuk mempertaut sera mempereratkan ukhuwwah sesama ahli. Selain itu, program ini juga bertujuan membina kesedaran kepada ahli betapa pentingnya kebersamaan, sokongan dan sumbangan kepada persatuan.Program telah bermula pada 1.3.2012 hari khamis pada waktu malam dimana berlangsungnya majlis perasmian.Dan perasmian telah dilancarkan oleh Saudara Firdaus b. Noh,Setiausaha Agung PMRAM 2011 selaku wakil presiden PMRAM. Dan majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Spongebob dan Patrick. 




Sempena program IKMAM 12, pelbagai acara telah dijalankan. Pada hari kedua,disebelah pagi seperti biasa kita adakan qiamullail,Muzakarah Berkelompok Gabungan dengan mendiskusikan kitab "Islam Syariat Masa dan Tempat",yang disampaikan oleh Ustaz Hanif b. Haron.Selepas itu pula,forum Bait Muslim "Tepak Sirih vs Kernih" dan di sampaikan oleh Ustaz Hakimi dan Ustazah Dayang.Dan disebelah petangnya,iron chef, who wants to be a daie, jigsaw puzzle dan beauty and the beast telah diadakan selepas solat jumaat.

Keesokan hari pula, pelbagai acara outdoor telah dijalankan. Bagi ikhwah, acara telah dijalankan di Mukhayyam Daim. Bagi akhwat pula, acara outdoor telah diadakan di Nadi Syabab. Selain itu,ada juga pertandingan sampingan yang diadakan seperti Kira Daun,Sweet Moment dan Cabutan bertuah.



Pada program penutup, Saudara Amir Al-Amin b. Mustaff selaku Yang Dipertua BKKIMM melahirkkan rasa kesyukuran kerana program ini berjalan dengan lancar. Seterusnya beliau mengingatkan kepada ahli supaya mempertautkan ukhuwwah sesama ahli serta menghayati konsep usrah sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua..

Di sediakan oleh :-
Setiausaha Kerja Ikatan Mahabbah Anak-anak Melaka (IKMAM'12).

KIK SIRI 3 & 4 BERJAYA DILAKSANAKAN


21 & 24 Mac : Misi murni Badan kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dalam melahirkan kepimpinan yang berkualiti diteruskan lagi apabila Jabatan Setiausaha Agung dengan kerjasama penuh komuniti pelaksana telah berjaya melaksanakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri III dan IV pada 21 dan 24 Mac lalu. Bertempat di Rumah Kedah Lama, Hayyu Sabie’ Kaherah. Siri III dan IV kali ini melibatkan barisan ahli jawatankuasa tertinggi dan ahli jawatankuasa kecil unit yang berjumlah 41 orang penyertaan.


Kursus siri III lebih memfokuskan kepada bagaimana membentuk personaliti seorang pimpinan dan pengurusan kepejabatan dan pemfailan,  manakala siri IV memfokuskan kepada kaedah berkomunikasi di antara adam hawa dan alwala’ walbara’. Rata-rata yang menyertai mengakui kepentingan program seperti KIK ini diadakan selain daripada melatih gerak kerja dalam memacu organisasi, malah memberi nilai tambah kepada seorang mahasiswa untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak. Oleh yang demikian, pihak penganjur mengharapkan peserta akan terus konsisten dalam memberikan tumpuan pada KIK siri-5(The Return) yang akan diadakan pada fasa II akan datang.


JSUA BKKIMM mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada pihak pentadbiran Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Kedah Mesir serta barisan kepimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) di atas kesudian memberikan keizinan menggunakan premis untuk melaksanakan KIK pada kali ini, serta kepada seluruh tenaga pengisi yang telah berjaya mengisi setiap slot dengan jayanya. Semoga Allah swt membalas setiap perbuatan baik kalian dengan sebaik-baik  ganjaran di sisi-NYA insyaallah.

BKKIMM Terus Bergerak,
BKKIMM Milik Semua.

Laporan Oleh,
Komuniti Pelaksana
Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) 2012.

Muzakarah Berkelompok Gabungan Peringkat Pimpinan Tiga BKAN Taakhi Muzakarah BMuzakarah Berkelompok Gabungan Peringkat Pimpinan Tiga BKAN Taakhi


9/3/2012 - Hari Jumaat merupakan hari khusus yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Melayu
Republik Arab Mesir sebagai hari untuk bermuzakarah bagi semua peringkat.  Alhamdulillah, muzakarah
di peringkat pimpinan kita bersama BKAN taakhi iaitu BKKIMM, BKASM, dan BKMIP baru-baru ini telah diadakan secara gabungan.


Muzakarah yang dijalankan di Rumah Pahang telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan
diikuti dengan penyampaian tazkirah ringkas oleh wakil daripada ketiga-tiga BKAN. Kemudian diteruskan
lagi dengan taaruf dan sesi berkenal-kenalan oleh setiap pimpinan yang hadir.

Majlis yang dikendalikan oleh Yang dipertua BKMIP selaku tuan rumah kemudiannya, beralih kepada sesi
perkongsian dan perbincangan antara ketiga-tiga bkan. Pelbagai lontaran pandangan dan idea-idea yang
bernas dan menarik daripada kalangan pimpinan yang hadir yang dapat dikongsi dan disepakati.


Setiap Ydp turut memberi ucapan dan taujihat selain menyatakan kegembiraan, kesediaan dan galakan untuk   mengadakan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan taakhi.

Kehadiran penasihat daripada setiap Bkan turut menyerikan lagi majlis. Mereka telah memberikn beberapa
formula dan amanat supaya kesemua pimpinan terus bekerja memastikan kekuatan melalui kesatuan yang
telah tererat utuh ini tidak dirosakkan.

Tahniah kepada pimpinan BKKIMM, BKASM dan BKMIP di atas segala usaha untuk memperkukuhkan lagi

Kesatuan mahasiswa Islam di bawah PMRAM!  

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua.