Sunday 29 July 2012

Majlis Penutup Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan serta Majlis Sambutan Harijadi sesi 2011/2012.PMRAM Cawangan Melaka.



12 julai 2012 – Unit Kebudayaan, Kesenian  dan Sukan (UKKS) telah mengadakan majlis penutup segala program sepanjang sesi 2011/2012. Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, kemudian bacaan yaasin, berqasidah, solat isya`, seterusnya solat hajat. Alhamdulillah dengan kerjasama Unit Dakwah, majlis dapat berjalan dengan lancar.


Seterusnya majlis bermula secara rasminya dengan ucapan kata alu-aluan pengerusi majlis Saudara Muhammad Muzammil bin Abu Bashah. Kemudian dijemput Saudara Mohd Aidil bin Md Hassim selaku pengarah program dan wakil ukks. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa/-mahasiswi dan memohon maaf atas segala kesalahan dan kelemahan dalam mengendalikan apa jua program sepanjang sesi kenaikan.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ydp Bkkimm, Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff. Beliau menasihati kepada semua mahasiswa/siswi dikalangan pengajian islam dan juga perubatan supaya bersama-sama dalam jamaah untuk memastikan mottopersatuan berjaya iaitu ”Bkkimm terus bergerak, Bkkimm milik semua”.


Kemudian, acara perasmian gimik pelancaran Tabung Ihya` Ramadan yang dirasmikan oleh Ydp Bkkimm Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff dengan kerjasama Unit Dakwah. Seterusnya acara yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa-mahasiswi iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh ukks dalam bulan julai.


Penyampaian hadiah bagi mahasiswa disampaikan oleh Ydp Bkkimm Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff diiringi oleh Saudara Mohd Aidil bin Md hassim selaku wakil ukks. Bagi mahasiswi Saudari Nurul Ain binti Mohd Zaid diiringi Saudari Nadhirah binti Aziman. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Majlis berakhir dengan bacaan doa dan majlis jamuan sempena sambutan kelahiran bagi seluruh mahasiswa-mahasiswi di apartment 3.1 . Alhamdulillah dengan berakhirnya majlis ini maka berakhirlah segala program ukks sesi 2011/2012. Sekali lagi ukks memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dalam menganjurkan sebarang aktiviti.


Akhir kalam, diharapkan kepada mahasisiwa/siswi Melaka yang berada di Perlembahan Nil supaya sentiasa memberikan komitmen kepada Bkkimm, sejurus itu memastikan Bkkimm terus bergerak, Bkkimm milik semua.


“BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua”..


Mohd Aidil b. Md Hassim,
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2011/2012.


Bazaria Karnival Simpulan Hati 2012 (KASIH'12)..


15-17 Julai, Dataran Hayyu ‘Asyir, Kaherah - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2011/2012 telah bersama-sama menjayakan Bazaria Karnival Simpulan Hati 2012(KASIH ‘12) yang bertempat di Dataran Hayyu ‘Asyir baru-baru ini. Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) taakhi Zon D antara Negeri Melaka, Selangor dan Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan sepak raga bulatan, sepak bola, permainan video dan banyak lagi selari dengan jualan gerai-gerai bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 11 malam.



        Sehubungan dengan itu, Lajnah Ekonomi beserta Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKKIMM  bersama ahli-ahli BKKIMM telah turut serta dalam penjualan gerai di Bazaria tersebut. Gerai dibawah Lajnah Ekonomi yang diberi nama Sate D’ A Famosa telah menjual pelbagai juadah seperti Sate Ayam Melaka, Kepak Ayam, Cheesy Wedges, Leher Ayam Goreng, Rangka ayam goerng, Mi Kari, Roti Sosej dan Ais Krim Malaysia.Manakala dibawah gerai HEWI yang diberi nama  Bazar Hewi Asam Pedas Melaka telah menjual Asam Pedas, Roti John dan Mi Basah.


Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah sama-sama bertungkus-lumus mengerah tenaga dalam menjayakan jualan gerai di bawah Lajnah Ekonomi dan HEWI BKKIMM di Bazaria KASIH ’12. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan tenaga yang telah disumbangkan. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan dan terus utuh dalam perjuangan mempertahankan BKKIMM serta menegakkan syariat Allah yang tercinta.




"Ekonomi Pemangkin Kegemilangan Ummah"


"BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua"..



Mohd Zawawy bin Zainal Khan
(Ketua Unit Ekonomi BKKIMM 11/12)

Thursday 26 July 2012

Laporan operasi pembersihan “ OPS BERSIH” 2011/2012


 KAHERAH – 15 Julai 2012 -  Setelah berlalunya pilihan raya Presiden Republik Arab Mesir yang lepas dengan kemenangan calon daripada ‘IKHWAN MUSLIMIN‘ iaitu Dr Mursi, beliau telah diberi mandat oleh rakyat mesir untuk menjadi presiden seterusnya selepas kejatuhan presiden yang sebelumnya. Maka pihak PMRAM telah menganjurkan kempen kebersihan di seluruh Bkan dan Dpm secara serentak pada tanggal 15 julai 2012. Operasi pembersihan ini berikutan sebagai tanda sokongan pihak PMRAM bagi menjayakan manifesto 100 hari selepas kenaikan daripada presiden mesir yang baru. Antara salah satu manifesto 100 hari selepas kenaikan adalah ingin menjadikan Mesir sebagai bandar yang bersih. Bersesuaian dengan tuntutan di dalam islam iaitu menggalakkan pengganutnya untuk menjaga kebersihan dari segala aspek.


     Tidak ketinggalan juga bagi BKKIMM dalam turut serta untuk merealisasikan manifesto 100 hari Presiden Republik Arab Mesir, dengan bersama-sama mengadakan ‘Ops Bersih’ di peringkat cawangan Melaka yang dikawal selia oleh Unit Perumahan BKKIMM. Gotong royong bermula sekitar jam 6.45 pagi, dan antara kawasan yang dibersihkan adalah di sekitar Wisma Seri Melaka dan juga kawasan sekitar rumah yang berjiranan dan bertentangan dengan Wisma Seri Melaka. ‘Ops Bersih’ di peringkat bkan Melaka turut dihadiri oleh badan pengurus angkat Melaka iaitu Ustaz Norhalis Syafiq bin Ahmad dan juga Yang Di Pertua BKKIMM Ustaz Amir Al Amin bin Mustaff beserta dengan beberapa orang ahli BKKIMM bagi menjayakan ‘Ops Bersih’. Gotong royong tamat pada jam 7.45 pagi.


     Setelah tamat jam 7.45 pagi, majlis penutup diteruskan dengan hidangan sarapan pagi dan jamuan yang telah disediakan. Dimulai dengan ucapan dari badan pengurus angkat Melaka dan ramah mesra antara ahli BKKIMM dengan badan pengurus angkat Melaka.


 BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua..

Mohd Fuad Mojd Lizah
Ketua Unit Perumahan BKKIMM 11/12

Tuesday 24 July 2012

REHLAH ke 'AIN SUKHNAH dan ASFOUR..

Pada 4 Julai2012  Unit Perhubungan Sambutan Dan Rehlah (UPSR) dbawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan rehlah kepada ikhwah ke Pantai Ain Sukhnah. 


Seramai 10 orang  yang telah menyertai program ini bersama ketua unit rehlah iaitu Dr. Hafizuddin bin Hanafiah.Program ini diadakan antaranya bertujuan merehatkan minda para mahasiswa selepas menghadapi peperiksaan semesta dua. 


Semoga program ini  dapat mnyatukan ukhwah sesama ahli BKKIMM dengan erat lagi dan kenang-kenangan sepanjang keberadaan mereka dibumi anbia’ ini.Dengan gagasan yang dibawa oleh BKKIMM “Ukhwah Dan Wahdah”.

Aktiviti di bawah Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah diteruskan lagi dengan Jaulah ke Asfour khusus untuk mahasiswi Melaka pada 1 Julai 2012. Seramai 14 orang mahasiswi yang menyertai jaulah ini. Turut mengiringi jaulah ini ialah Timbalan Ketua Unit Perhubungan Sambutan Dan Rehlah Ustazah Nur Atiqah Binti Ahmad dan Ketua Unit Perhubungan Ust Syazwan bin Johal.




Tujuan utama jaulah adalah memberi peluang kepada mahasiswa Melaka untuk membeli barang-barang perhiasan cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia khas kepada keluarga yang tercinta.


Mudah-mudahan apa yang dihajati terlaksana  dan tidak lupa diucapkan kepada ahli-ahli 
Melaka yang pulang ke Malaysia agar  thabat ukhwah bersama Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir. “BKKIMM Terus Bergerak BKKIMM Milik semua”


Disediakan oleh :
Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
BKKIMM 2011/2012..







Saturday 21 July 2012

Surat dariku buat mu.

Surat dariku buat mu.

15 Syaaban 1433H / 10.57 pm

Bismillahirrahmanirahim,
( Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ) .

Pembuka bicara dariku buatmu, daku mulakan dengan kalimah suci ini agar ia mampu menggetarkan jiwa akan betapa besarnya maksud di sebalik kalimah suci ini bagi jiwa-jiwa hamba yang memahaminya dan biarlah kalimah ini menjadi bukti dan saksi akan agungnya kasih ku pada mu.

Ya, memang benar! Diriku begitu lemah apabila terfikir akanmu. Tahukah engkau yang daku begitu merindui mu?,Tahukah engkau yang diriku sering menyoal " Di manakah dikau?"," Bilakah engkau akan kembali semula ?". Engkau yang pernah hadir dalam diriku tidak pernah aku lupakan walau sesaat sekalipun. Kehadiran dirimu dalam hidupku tidak semena-mena memancarkan sinar harapan buatku yang begitu lemah malah begitu rapuh dalam menempuh dugaan hidup ini.

 Ya! Daku mengaku diriku ini lemah. Tapiku tahu, daku kenal dirimu, selagi mana daku wujud di dunia ini, selagi mana hayatku masih ada lagi, engkau pasti akan kembali. Walaupun dahulu engkau pernah meninggalkanku.
Tahukah engkau di kala itu daku baru sahaja ingin mengenalmu dengan lebih mendalam? Tetapi engkau tetap jua pergi meninggalkan diriku dalam penyesalan dek kerana kealpaanku yang  terpesona dengan pujuk rayu dan hasutan ' orang ketiga'.

Ya! Daku sedar. Itu bukan salah mu. Itu memang salahku. Mataku yang buta! Telingaku yang pekak! Mulutku yang bisu ! Mataku buta sebab tidak sedar kewujudan mu . Telingaku pekak sebab tidak mampu mendengar panggilanmu. Mulutku  bisu sebab tidak mampu meluahkan perasaanku padamu. Walaupun daku tahu yang engkau tidak pernah putus asa pada diriku selama ini.

Ya! Daku kini sedar akan betapa berharganya dirimu buatku. Tatkalaku mendengar yang engkau akan kembali, jiwa ku begitu tidak menentu. Daku sendiri tidak tahu apakah sebenarnya yang melanda perasaaanku ketika itu. Adakah aku gembira? Adakah aku sedih? Adakah aku keliru ? Semuanya tidak mampuku luahkan. Lidahku kelu, jantungku berdegup laju memikirkan akan kepulanganmu setelah pemergianmu meninggalkanku dahulu. Adakah engkau akan terima diriku seperti mana sebelum ini?

Ya,daku kini tidak seperti dahulu. Engkau tidak percaya? Daku sedar. Itu juga bukan salahmu untuk menganggapku begitu tetapi percayalah kini daku sudah berubah. Daku ingin berubah ! Daku bukan lagi  yang pernah engkau kenali dahulu. Tahukah engkau yang daku mulai berubah setelah engkau hadir dalam diriku sebelum ini ?. Walaupun singkat pengenalan kita, tetapi keberadaanmu walau seketika begitu banyak memberi kesan dalam hidupku. Daku ingin berubah dan ku tahu daku mampu berubah bila engkau bersamaku.

Ya! Daku pasti tidak akan melepaskan peluang kali ini. Engkaulah yang ku nanti selama ini. Kini engkau bakal kembali.


Khas buatmu,

Dari Yang menanti ketibaanmu.
Oh, Ramadhan.

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….

( Al-Baqarah 2 : 185 )

Dr. Amir Al-Amin bin Mustaff
Yang Di-Pertua,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir..