Thursday 29 May 2014

Isu Pengislahan WSM : BKKIMM Bawa Suara Anak Melaka kepada Pihak Pegawai

KAHERAH, 29 Mei 2014 : Ahmad Rabbani Bin Ismail Yang Di-pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2013/2014 dan 3 orang wakil Ahli Jawatankuaa Tertinggi (AJKT) BKKIMM serta 2 orang wakil penghuni Wisma Seri Melaka (WSM) telah mengadakan perjumpaan bersama Encik Anuar Bin Idris, Pegawai ATASE (Pendidikan) Melaka buat kali kedua bagi membincangkan isu pengislahan rumah Wisma Seri Melaka. Perjumpaan yang berlaku pada 28 Mei 2014 jam 10 pagi ini diadakan untuk menyatakan pendirian di peringkat BKKIMM selaku wakil suara anak Melaka agar mempertimbangkan semula pengislahan WSM di peringkat kerajaan Negeri Melaka. Hal ini kerana beberapa faktor yang menyebabkan pihak BKKIMM selaku wakil anak Melaka di bumi Mesir menyatakan pendirian tersebut.

Hasil daripada perjumpaan yang lalu, Unit Perumahan (UPER) BKKIMM telah mengambil inisiatif untuk membuat culaan pandangan dan pendirian penghuni WSM terutama anak Melaka. Culaan ini dibuat bagi menyatakan persetujuan atau sebaliknya tentang pengislahan WSM. Natijah culaan ini menunjukkan bahawa 80 peratus termasuk mahasiswa/wi samada pengajian Islam mahupun sains kesihatan tidak bersetuju dengan pengislahan rumah ini berdasarkan beberapa faktor.

Tuesday 27 May 2014

Bina Syakhsiah Ahli Melalui Penghayatan Isra' Mikraj

Kaherah, 27 Mei 2014: Bersempena memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah SAW, Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) Sesi 2013/2014 telah berjaya menganjurkan program Solat Hajat Perdana dan Tazkirah Isra' Mikraj. Program santapan rohani khusus untuk anak-anak Melaka ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan samada mahasiswa pengajian Islam mahupun sains kesihatan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran wakil pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang sudi melapangkan masa bersama anak-anak Melaka. Antara pimpinan pusat yang hadir ialah Saudara Ahmad Faishal bin Raslan - Naib Setiausaha Agung PMRAM (Ketua Lajnah Pendaftaran), Saudari Wan Nur Amirah binti Yusof - Timbalan Setiausaha HEWI PMRAM dan NurHamizah binti Majid - Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa HEWI PMRAM selaku BP dan HEWI angkat PMRAM Cawangan Melaka.

Friday 9 May 2014

Isu: PENGISLAHAN WISMA SERI MELAKA




                  
                Pertemuan ini adalah kesinambungan perjumpaan Pegawai bersama penghuni Wisma Seri Melaka yang diadakan pada Isnin lepas yang memaklumkan tentang membaik pulih bangunan WSM.Pihak BKKIMM selaku suara mahasiswa Melaka di Mesir mengambil inisiatif dalam perjumpaan bersama pihak pentadbiran WSM untuk mengetahui perkara yang lebih terperinci  tentang membaikpulih bangunan tersebut atau lebih sinonimnya pengislahan bangunan.

                 Encik Muhd Anwar bin Idris  memberi makluman bahawasanya pengislahan akan dijalankan bermula Jun 2014 dan mengambil masa selama setahun.Beliau meminta kerjasama dari pihak persatuan dalam proses  pengislahan ini kerana ia melibatkan perpindahan oleh semua pelajar sementara menunggu bangunan selesai dibaiki.Kami BKKIMM bertanyakan kenapa terlalu awal untuk mengadakan pengislahan dan beliau memaklumkan kedatangan wakil Jabatan Kerja Raya sebelum ini melihat keadaan kondinasi penstrukturan bangunan yang tidak strategik dan perlu di islah supaya kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh kerajaan negeri tidak terlalu tinggi pada masa akan datang.Selain itu, pihak pentadbiran WSM telah mengadakan perjanjian bersama Syarikat Kontraktor dan mereka akan menjalankan operasi pengislahan secepat mungkin. 

                Kami BKKIMM mengutarakan kebimbangan dan keresahan di kalangan ahli dalam proses tersebut. Hal ini kerana pada waktu sekarang merupakan musim peperiksaan dan beliau memberikan tempoh sehingga bulan Ogos 2014.Selain itu, proses ini melibatkan kos belanjawan sewaan rumah yang terlalu tinggi, dan keselamatan yang tidak terjamin jika kita melihat dari konteks kestabilan situasi dan keadaan negara Mesir seperti banyaknya berlaku kes-kes ragut, kecurian, rompakan dan lain-lain.

                 Tambahan pula, BKKIMM mencadangkan supaya tempat penginapan sementara diadakan sepertimana yang dilakukan negeri-negeri lain.Tetapi maklum balas daripada pihak pentadbiran Wisma Seri Melaka menyatakan bahawa ianya bergantung kepada budi bicara, dan para penghuni yang berdaftar akan diberikan pampasan setelah mendapat keizinan dari kerajaan Negeri Melaka.

                 Sebagai persatuan yang menaungi mahasiswa Melaka di Mesir, kami BKKIMM menyeru semua mahasiswa tidak mengambil sebarang langkah atau keputusan awal tanpa merujuk terlebih dahulu. BKKIMM berharap agar mahasiswa dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan supaya kecemerlangan dapat dicapai.

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
“MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN”
“BKKIMM PILIHAN KAMI”





Tuesday 6 May 2014

" Fokus dan Study "

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW penghulu segala Nabi, para keluarga  Baginda SAW yang banyak membantu perjuangan Baginda SAW serta para sahabat RA yang mendokongi dan menyambung dakwah Baginda SAW.

Mahasiswa/wi yang dihormati sekalian,

Peperiksaan merupakan salah satu cabaran yang harus dilalui oleh para pelajar mahupun mahasiswa/wi bagi menilai dan mengetahui sejauh mana prestasi kefahaman yang kita pelajari semasa sesi pembelajaran yang telah dilalui. Oleh itu, persediaan yang maksimum sangat diperlukan oleh mahasiswa/wi  bagi menghadapi perkara tersebut dengan beberapa tindakan dan usaha yang harus dijalankan. Antaranya belajar secara kolektif, membuat catatan ringkas untuk dihafal dan sebagainya.