Wednesday 25 March 2015

Akademi Dai’e Membentuk Pemimpin Ummah


Kaherah, 25 Mac 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah kelolaan Unit Dakwah dengan kerjasama Unit Pendidikan telah berjaya menganjurkan sebuah program tarbiyah yang diberi nama “Akademi Da’ie Qiyadatul Ummah ” (ADQ '15) dengan bertemakan “دعاة الفقهاء ورثة الأنبياء ”. Program ini berlangsung pada 15 Mac 2015. Antara objektif program ini adalah untuk mengasah dan melatih kebolehan ahli dalam berorganisasi, membentuk keterampilan, akhlak dan syakhsiah Muslim yang sejati, serta melatih dan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang terkehadapan dalam isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam.

Program ini dimulakan dengan ucapan Pengarah ADQ ’15 Ustaz Muhammad Ikhram bin Samsudin di Surau Rumah Melaka Sementara. Kemudiaan diteruskan lagi dengan pengisian pertama yang bertajuk “Buat itu atau buat ini... apa kata fiqh..? ” yang  telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Adri Afzan bin Marzelan. Pengisian pertama ini lebih menumpukan kepada fiqh aulawiyat sebagai panduan kepada setiap peserta. Program ditangguhkan bagi memberi laluan kepada solat maghrib. Kemudian, program di teruskan lagi dengan gerak kerja berkumpulan (GKB) berkaitan dengan pengisian yang telah disampaikan.


Selepas itu,aktiviti disambung lagi dengan pengisian kedua di bawah tajuk “ Dai’e Cerminan al- Quran “ yang telah disampaikan oleh  Ustaz Muhammad Faiz bin Khalid. Dalam pengisian ini,surah Al-Mukminun telah dikupas sebagai panduan kepada peserta untukmenjadi dai’e yang berakhlak dengan akhlak al-Quran.Kemudian,program telah ditangguhkan untuk solat isyak berjemaah. Aktiviti terakhir dimulakan dengan gerak kerja berkumpulan (GKB) berkaitan dengan pengisian ketiga di bawah tajuk “Isu semasa dari sudut pandangan islam” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Iqbal bin Haji Atan. Program ADQ kali ini berakhir sekitar jam 11:00 malam.

Kursus Akademi Da’ie Qiadatul Ummah (ADQ’15) berakhir dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh komuniti ADQ ’15. Diharapkan kursus yang telah dilaksanakan ini dapat membentuk peribadi para peserta selaku da’ie yang menjadi pemacu masa depan ummah insyaAllah.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MEMARTABAT KEILMUAN, MERIBAT KESATUAN"

No comments:

Post a Comment