Tuesday 14 April 2015

A’FAMOSA FOOD CORNER ’15: PENERAPAN MUAMALAT ISLAM MELALUI PERNIAGAAN

KAHERAH 8 APRIL 2015 : Pada 31 Mac, 1 dan 2 April yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Unit Ekonomi telah menganjurkan Mini Bazaar A’Famosa Food Corner ’15. Program yang julung kali diadakan ini berlangsung selama 3 hari di Rumah Melaka Sementara (RMS).

   Mini Bazar pada kali ini yang bertemakan “Ekonomi Bersih, Islam Terjaga” bertujuan mempraktikkan sistem jual beli yang dianjurkan Islam di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli melaka. Selain itu juga, program ini merupakan inisiatif di peringkat BKKIMM untuk membantu anak-anak Melaka di Perlembahan Nil menjana kewangan. 

    Mini Bazar ini bermula seawal jam 1 petang dan berakhir sekitar pukul 9 malam. Majlis Perasmian yang berlangsung pada 31 Mac 2015 telah disempurnakan oleh Saudara Khairul Fadhli bin Husin, selaku penasihat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir bagi sesi 2014 /15 . 

           Pelbagai jenis makanan dan minuman yang mewarnai A’Famosa Food Corner ’15 pada kali ini. Antaranya asam pedas, char kuey teow, burger bakar,  dan banyak lagi. 
          
           A’Famosa Food Corner ’15 diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP seperti saudara HanifulFuad Bin Husin (Presiden PMRAM 2014), saudara Ahmad Baihaki Bin Abd Rashid (Penasihat PMRAM 2014), Barisan Badan Pengurus PMRAM 2014, Barisan Kepimpinan AJKT dari Taakhi Zon D dan ramai lagi.
           
          Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh saudara Shahid Syamil bin Ramli selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada beberapa orang pemenang pertandingan. Mini Bazar telah melabuhkan tirainya pada jam 10.00 malam.

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih ditujukan kepada seluruh ahli BKKIMM yang membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pihak BKKIMM mengharapkan natijah daripada program yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama anak Melaka di Perlembahan Nil. Semoga kita terus bersama bersatu dibawah satu naungan iaitu Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).
      


“Ekonomi Bersih,Islam Terjaga”
"Memartabat Keilmuan Meribat Kesatuan"

Disediakan oleh :
Setiausaha kerja 
A’Famosa Food Corner ‘15
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2014/2015

No comments:

Post a Comment