Thursday 13 August 2015

HTS : PERKUKUH SILATURAHIM


Hari Tautan Silaturahim (HTS’15), di bawah pantauan Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB’15) telah berjaya dilaksanakan di peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Program yang saban tahun diadakan ini adalah salah satu bentuk orientasi yang bertujuan untuk memberikan pelbagai pendedahan maklumat kepada mahasiswa baru sebagai penuntut ilmu di Universiti Al Azhar, Mesir.

Ahad, 2 Ogos 2015
        Komuniti USMB telah mengadakan jaulah makam yang berada sekitar Kaherah, Mesir. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan para ulama Islam yang muktabar yang berada di Mesir. Selain pendedahan tersebut , ia juga dapat menanamkan kecintaan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu di bumi anbiya ini. Turut menyertai, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Mohd Anwar bin Idris dan Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail.
    Selasa, 4 Ogos 2015
        Majlis perasmian HTS anjuran Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru USMB'15 telah dirasmikan oleh saudara Abdul Mun'im Bin Abdul Syukur, penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Seterusnya, disusuli dengan forum mahasiswa yang disampaikan oleh saudara Syahid Syamil Bin Ramli, Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP) dan saudari Siti Aisyah Binti Ismail, Penasihat BKASM.

Rabu, 5 Ogos 2015
        Selepas subuh, program dimulakan dengan Slot penerangan Al-Azhar dan sejarahnya yang disampaikn oleh saudara Muhd Zahani Bin Abd. Ghani, Penasihat Keluarga Penuntut-penuntut Terenggannu Mesir (KPT). Penerangan panjang lebar berkaitan Al-Azhar telah disampaikan khusus kepada mahasiswa/wi baru.

     Pada sebelah malam pula, slot Dialog Unit Biah Solehah (UBS) dan Hisbah telah disampaikan oleh saudara Jamal Najmudin Bin Sulaiman, Penasihat Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPMK). Ia bertujuan untuk membentuk keperibadian seorang muslim yang soleh dalam membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran seterusnya disusuli dengan gerak kerja berkumpulan (GKB). Kemudian program diteruskan dengan slot Dialek Arab Mesir yang disampaikan oleh saudara Muhammad Daud Bin Ashaari disusuli dengan GKB.

 Khamis, 6 Ogos 2015
        Slot dimulakan selepas subuh dengan Diskusi Kutaib yang dibentangkan oleh ustaz Khairul Fadhli Bin husin, penasihat BKKIMM. Pembentangan yang jelas itu memberikan kefahaman kepada mahasiswa baru tentang tanggungjawab dan peranan mahasiswa dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. GKB.
  
        Pada sebelah petang pula, telah diadakan slot pengenalan BKKIMM dan Taaruf AJKT. Ia bertujuan menerangkan kepada mahasiswa baru tentang sejarah dan peranan BKKIMM dalam memberikan kebajikan kepada anak-anak Melaka di Mesir.


        Pada sebelah malam pula diteruskan lagi dengan slot talk show Unit Bait Muslim (UBM) yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Hakimi Bin Hussain. Tujuannya adalah menggalakkan perkahwinan dan membina rumahtangga atas asas matlamat yang betul.

  Jumaat, 7 Ogos 2015
Setelah menunaikan solat subuh, agenda program diteruskan dengan ribat perdana dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh saudara Hanifulfuad Bin Husin. Tazkirah yang bertajuk "Islam Cara Hidupku" itu bertujuan menerangkan kepada mahasiswa baru bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri dan tindakan selari dengan perintah Allah SWT. Banyak isi yang bermanfaat dan penting diperoleh daripada penyampaian tersebut.

     Pada hari terakhir, (8 ogos 2015), program dimulakan dengan slot Motivasi Pengurusan Diri yang disampaikan oleh saudari Farah Atiqah Bte Abdul Manan dan saudari Ain Hanisah Bte Abd Hannan. Semoga dengan motivasi yang diberikan, dapat menaikkan semangat mahasiwa baru dalam menjalani kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Kemudian slot seterusnya diteruskan dengan aktiviti outdoor iaitu explorace yang diadakan di tempat berasingan iaitu Hadiqah Dauliyah bagi mahasiswa dan Hadiqah Asyir bagi mahasiswi. Acara outdoor  tamat sekitar jam 11.30 pagi. Sebelum majlis perasmian pada sebelah malam, program diteruskan dengan persembahan daripada mahasiswa baru.

         Seterusnya, majlis perasmian penutup HTS’15 telah disempurnakan oleh ustaz Khairul Fadhli Bin Husin, Penasihat BKKIMM 2014/2015 dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. 

       Dengan berakhirnya majlis perasmian penutup, maka berakhirlah HTS’15. Semoga dengan anjuran program ini dapat memberikan faedah yang bermanfaat kepada mahasiswa baru sebagai bekalan ilmu dan pengetahuan pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada  semua barisan ahli jawatankuasa (AJK) Pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian.
Sekian,

     

“ Generasi Rabbani Tunjang Kesatuan Ummah ”
“ Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan "


Yang menjalan tugas,

Setiausaha Kerja,
Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB’15)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2014/2015

No comments:

Post a Comment