Saturday 29 August 2015

PENYERAHAN DUIT ZAKAT KEPADA MAHASISWA/WI MELAKA MESIR

 Penyerahan Duit Zakat Kepada Mahasiswa/wi Melaka Mesir.




Kaherah, 27 Ogos 2015 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) di bawah kelolaan Unit Kebajikan telah menyerahkan sumbangan zakat kepada mahasiswa/wi Melaka Mesir yang berkelayakan untuk menerimanya.

           Seramai 6 orang mahasiswa/wi yang menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri daripada 3 mahasiswa dan 3 mahasiswi dari pengajian Islam yang telah menerima sumbangan zakat.
Tujuan sumbangan zakat tersebut diberikan khusus kepada mahasiswa/wi Melaka Mesir yang memerlukan kewangan atas sebab faktor kesempitan duit, serta meringankan kos pembelajaran mahasiswa/wi.

           Sumber kewangan zakat ini dilaksanakan pada pertengahan bulan Ramadhan hingga diakhir bulan Ramadhan baru-baru ini. Perlaksanaan pungutan kewangan zakat ini adalah kerjasama di antara semua Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ) di Mesir. Setelah itu dikumpulkan dan dibahagikan mengikut pembahagian yang dipersetujui kesemua Yang Di-Pertua setiap Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ) atas perbincangan yang telah dilakukan.

           Unit Kebajikan telah menjemput Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail selaku Yang Di-Pertua BKKIMM sesi 2014/2015 untuk menyerahkan sumbangan zakat tersebut kepada mahasiswa dan dibahagian mahasiswi diserahkan oleh Timbalan Ketua Hewi BKKIMM sesi 2014/2015 Ustazah Nur Syazwani binti Saibe. Beliau juga mengharap kepada mahasiswa/wi yang memperolehi sumbangan zakat tersebut akan manfaatkannya dengan sebaiknya.

         
Akhirnya, semoga BKKIMM terus komitmen dalam menjaga kebajikan dan terus menerus mencurahkan bakti kepada anak-anak Melaka yang berada di Mesir.

"Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan"
"BKKIMM Tetap Di Hati"

Disediakan Oleh,

Muhammad Hatin Bin Mohd Yusof.
Bendahari Agung
(Ketua Unit Kebajikan )
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
2014/2015

No comments:

Post a Comment