Thursday 23 April 2015

BKKIMM, TAPEM,MAIM: HUBUNGAN KERJASAMA TERUS DIPERKUKUH

KAHERAH, 16 April 2015 - Sebuah komuniti di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang diketuai oleh Saudara Muhammad Hatin bin Mohd Yusof, Bendahari Agung BKKIMM'14/15 telah ditubuhkan khas untuk menyambut dan meraikan kehadiran Delegasi Kerajaan Negeri Melaka terdiri daripada YB Datuk Mohd Zin Mansor, Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Encik Mohd Yusof Abu Bakar, Setiausaha MAIM, Ir Khalid Omar, Pengarah JKR Negeri Melaka, Encik Mustafa Musa, Pengurus Besar TAPEM dan Encik Samian Johari, Pegawai JKR Melaka yang hadir pada 16 April sehingga 19 April bagi urusan kerja.

        Lapangan Terbang Kaherah, 16 April - Komuniti pelaksana dan barisan pimpinan BKKIMM'14/15 teruja menyambut kedatangan delegasi di lapangan terbang. Pihak BKKIMM berkesempatan bertanya khabar dan bergambar bersama mereka sebelum mereka bergerak ke tempat penginapan.

Tuesday 21 April 2015

Ijtima' Kabir - BKKIMM Tetap Komited Demi Kebajikan Ahli


KAHERAH, 14 April 2015 - Program Ijtima Kabir di peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang merupakan program saban tahun diadakan pada separuh penggal kenaikan pimpinan BKKIMM bagi membentangkan laporan kepada ahli telah berlangsung di Rumah Melaka Sementara (RMS), Hayyu Sabi'e.

Kehadiran ahli bermula jam 4.30 petang di tempat program diikuti ketibaan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKKIMM'14/15 seterusnya mengambil tempat bagi meneruskan sesi pembentangan laporan yang dikendalikan oleh Saudara Muhammad Khidir bin Abd Hamid, Setiausaha Agung BKKIMM'14/15.

AKADEMI DAI'E MEMBENTUK PEMIMPIN UMMAH SIRI-2


Alhmadulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan pertolongan daripada-Nya program Akademi Da’ie Qiadatul Ummah 2015 (ADQ’15) siri pertama dan kedua di bawah kelolaan Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan kerjasama Unit Pendidikan BKKIMM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Mac dan 13 April yang lalu, bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS), Kaherah.

Pada siri pertama, peserta telah dibentangkan dengan tiga pengisian yang cukup menarik antaranya Fiqh Khamsah ,Tafsir Ayat Pilihan dan Isu Semasa. Semasa pembentangan Fiqh Khamsah, pengisi memberikan fokus yang lebih kepada penerangan Fiqh Aulawiyat dan disusuli dengan Gerak Kerja Berkumpulan(GKB) agar dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada para peserta.

Tuesday 14 April 2015

A’FAMOSA FOOD CORNER ’15: PENERAPAN MUAMALAT ISLAM MELALUI PERNIAGAAN

KAHERAH 8 APRIL 2015 : Pada 31 Mac, 1 dan 2 April yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Unit Ekonomi telah menganjurkan Mini Bazaar A’Famosa Food Corner ’15. Program yang julung kali diadakan ini berlangsung selama 3 hari di Rumah Melaka Sementara (RMS).

   Mini Bazar pada kali ini yang bertemakan “Ekonomi Bersih, Islam Terjaga” bertujuan mempraktikkan sistem jual beli yang dianjurkan Islam di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli melaka. Selain itu juga, program ini merupakan inisiatif di peringkat BKKIMM untuk membantu anak-anak Melaka di Perlembahan Nil menjana kewangan. 

Saturday 4 April 2015

BULAN THAQAFAH MEDAN MUZAKARAH ILMU

                   
 Bismillahirrahmanirrahim……

             Segala pujian selayaknya milik Allah S.W.T yang mentadbir seluruh alam semesta, selawat serta salam buat junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana kalau tidak kerana baginda, nescaya kita tidak mendapat menikmati keindahan Islam hari ini. Tidak dilupakan juga buat para sahabat baginda yang sentiasa berjuang menegakkan kalimah Allah yang mulia dan para tabi’ tabi’in yang terus-menerus membawa risalah islam sehingga kini.

            Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita dapat lagi sama-sama merasai nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita sehingga ke hari ini kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sentosa bawah lindungan Allah S.W.T dengan kita melakukan apa yang diperintahkan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya.<

MATROUH DAN SIWA MENGIKAT JALINAN UKHWAH

                                         
Jaulah Tarbawi Matrouh & Siwa 2015

2 April 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya mengadakan program Jaulah Tarbawi Matrouh & Siwa 2015 di bawah anjuran Unit Perhubungan, Sambutan Dan Rehlah BKKIMM. Program yang telah dirancang selama 3 hari ini telah disertai seramai 45 orang peserta. Dengan bertemakan "Mematri Ukhuwah Di Matrouh Siwa", program ini bertujuan memupuk semangat ukhuwah sesama ahli BKKIMM serta mengkaji dan mengambil pengajaran daripada sejarah peninggalan manusia.

24-25 Mac 2015 : Bertolak ke Matrouh
Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Selasa. Para peserta telah berkumpul di Rumah Melaka Sementara (RMS) pada jam 12.00 tengah malam dan mula bertolak ke Matrouh pada jam 1.00 pagi dengan menaiki sebuah bas.

25 Mac 2015 : Tiba di Matrouh
Perjalanan selama hampir 8 jam telah selamat tiba di Pantai Agiba,Matrouh pada jam 9.00 pagi. Majlis perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi didahului dengan kata alu-aluan daripada Pengarah Program, Ustaz Mohd Aidil bin Md Hassim dan Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail. Setelah itu, aktiviti pantai dimulakan dengan permainan bola pantai, bola beracun, acara lari dalam air dan diakhiri dengan mandi pantai.